Khamis, 1 Mac 2012

Pembunuh berwajah hantu


Tahukah anda bahawa nama samaran penyanyi rap Ghostface Killah diambil daripada watak dalam filem kung-fu?

Nama Ghostface Killah diambil daripada watak dalam filem kung-fu berjudul Mystery of Chessboxing atau di sesetengah negara dikenali dengan judul Ninja Checkmate.

Ini bermakna nama tersebut bukanlah berdasarkan watak Ghostface, pembunuh bersiri dalam francais filem seram Scream.

Selasa, 28 Februari 2012

Senarai calon yang terburuk untuk 2011

Umum telah mengetahui bahawa filem The Artist telah memenangi anugerah Filem Terbaik pada Academy Awards ke-84. Aku kurang berminat dengan Academy Awards kerana aku lebih menumpukan kepada Anugerah Golden Raspberry atau Razzie Awards yang memaparkan apa yang terburuk dalam industeri perfileman Hollywood.

Dikhabarkan bahawa pelakon komedi Adam Sandler mendapat pencalonan terbanyak untuk anugerah Razzie kali ini. Semuanya gara-gara filem komedinya Jack and Jill. Turut dicalonkan ialah Michael Bay dan francais Transformersnya serta sinambungan Twilight. Berikut ialah senarai pencalonan:


Worst Picture (Filem Terburuk):

Bucky Larson: Born to Be a Star
Jack and Jill
New Year's Eve
Transformers: Dark of the Moon
The Twilight Saga: Breaking Dawn - Part 1


Worst Actor (Pelakon Lelaki Terburuk):

Russel Brand - Arthur
Nicolas Cage - Drive Angry, Season of the Witch dan Tresspass
Taylor Lautner - Abduction dan The Twilight Saga: Breaking Dawn - Part 1
Adam Sandler - Jack and Jill dan Just Go With It
Nick Swardson - Bucky Larson: Born to Be a Star


Worst Actress (Pelakon Wanita Terburuk):

Martin Lawrence - Big Mommas: Like Father, Like Son
Sarah Palin - The Undefeated
Sarah Jessica Parker - I Don't Know How She Does It dan New Year's Eve
Adam Sandler - Jack and Jill
Kristen Stewart - The Twilight Saga: Breaking Dawn - Part 1


Worst Supporting Actor (Pelakon Pembantu Lelaki Terburuk)

Patrick Dempsey - Transformers: Dark of the Moon
James Franco - Your Highness
Ken Jeong - Big Mommas: Like Father, Like Son, The Hangover Part II dan Transformers: Dark of the Moon
Al Pacino - Jack and Jill
Nick Swardson - Jack and Jill dan Just Go With It


Worst Supporting Actress (Pelakon Pembantu Wanita Terburuk)

Katie Holmes - Jack and Jill
Rosie Huntington-Whiteley - Transformers: Dark of the Moon
Brandon T. Jackson - Big Mommas: Like Father, Like Son
Nicole Kidman - Just Go With It
David Spade - Jack and Jill


Worst Director (Pengarah Terburuk)

Michael Bay - Transformers: Dark of the Moon
Tom Brady - Bucky Larson: Born to Be a Star
Bill Condon - The Twilight Saga: Breaking Dawn - Part 1
Dennis Dugan - Jack and Jill dan Just Go With It
Garry Marshall - New Year's Eve


Worst Screenplay (Lakon Layar Terburuk)

Bucky Larson: Born to Be a Star
Jack and Jill
New Year's Eve
Transformers: Dark of the Moon
The Twilight Saga: Breaking Dawn - Part 1


Worst Screen Couple (Pasangan Terburuk Dalam Filem)

Nicolas Cage dan pasangannya dalam tiga filem lakonannya - Drive Angry, Season of the Witch dan Tresspass.
Shia LaBeouf dan Rosie Huntington-Whiteley - Transformers: Dark of the Moon
Adam Sandler dan Jennifer Anniston atau Brooklyn Decker - Just Go With It
Adam Sandler dan Katie Holmes, Al Pacino atau Adam Sandler - Jack and Jill
Kristen Stewart dan Taylor Lautner atau Robert Pattinson - The Twilight Saga: Breaking Dawn - Part 1


Worst Prequel, Remake, Rip-Off or Sequel

Arthur (remake untuk filem Arthur terbitan tahun 1981)
Bucky Larson: Born to Be a Star (rip-off untuk filem Boogie Nights dan A Star is Born)
The Hangover Part II (sekuel untuk filem The Hangover)
Jack and Jill (remake dan rip-off untuk filem klasik Glen or Glenda arahan Ed Wood)
The Twilight Saga: Breaking Dawn - Part 1


Worst Screen Ensemble (Gabungan Pelakon Terburuk)

Barisan pelakon Bucky Larson: Born to Be a Star
Barisan pelakon Jack and Jill
Barisan pelakon New Year's Eve
Barisan pelakon Transformers: Dark of the Moon
Barisan pelakon The Twilight Saga: Breaking Dawn - Part 1


Golden Raspberry Awards ke-32 akan dilangsungkan pada 1 April 2012.

Rabu, 22 Februari 2012

Hantu naik kapal terbang

Pada masa filem kita asyik dengan hantu-hantu tradisionalnya, filem-filem luar telah menonjolkan hantu yang lebih sofistikated, lebih mengikut perkembangan semasa. Hantu telah berjaya meneroka dunia IT dan multimedia sehingga boleh membunuh melalui media sosial seperti Facebook.

Terbaharu, bagaikan bermusim, dua buah filem mengutarakan kisah pesawat yang dihantui oleh sejenis entiti (hantulah tu).

Negara Thai kembali mengeksport filem hantunya yang berjudul Dark Flight 407 dan lazimnya filem-filem seram Thai memang berjaya dalam menakutkan penonton. Ia mengisahkan seorang pramugari bernama Neuw telah terselamat dalam suatu insiden pesawat terhempas 10 tahun lalu. Neuw mengesyaki insiden tersebut disebabkan oleh hantu bagaimanapun setelah menjalani terapi, Neuw kembali bertugas. Neuw mendapati pesawat yang dinaikinya adalah pesawat sama yang terhempas yang hampir meragut nyawanya. Malangnya tiada apa yang dapat dilakukan kerana pesawat telah pun berlepas, bersama-sama maut yang mungkin akan menjemputnya.

Filem kedua pula adalah keluaran Hollywood bagaimanapun diarahkan pengarah filem seram Jepun yang terkenal iaitu Takashi Shimizu (Ju-On). Seperti filem Dark Flight 407 ia juga mengisahkan tentang pesawat yang diganggu oleh entiti misteri.

TRAILER DARK FLIGHT 407


TRAILER 7500

Buku paling kontroversi yang pernah dihasilkan


Sebuah buku berjudul Cries Unheard: The Story of Mary Bell tulisan Gitta Sereny dikatakan sebagai buku paling kontroversi yang pernah dihasilkan.

Buku ini pernah menjadi tajuk utama akhbar-akhbar di Britain sekitar tahun 1998. Apakah yang begitu istimewa tentang buku ini sehingga ia menjadi topik utama setiap akhbar di Britain?

Buku Cries Unheard: The Story of Mary Bell adalah sebuah kisah benar tentang seorang wanita bernama Mary Bell yang berusia 11 tahun telah dijatuhkan hukuman penjara selama 12 atas tahun atas kesalahan membunuh dua orang kanak-kanak lelaki berusia 3 dan 4 tahun. Kejadian tersebut berlaku pada tahun 1968.

Mary Bell dibebaskan pada tahun 1980 ketika berusia 23 tahun dengan pengawasan pihak polis.

Mary Bell kemudian memperoleh seorang anak perempuan hasil bersekedudukan dengan seorang lelaki yang dilahirkan pada tahun 1984. Mary Bell telah memohon kepada mahkamah untuk mengubah identitinya atas alasan untuk melindungi masa depan anaknya. Setelah keluar dari penjara Mary Bell telah hidup berpindah randah.

Buku Cries Unheard: The Story of Mary Bell ditulis oleh seorang wartawan bernama Gitta Sereny yang telah mewawancara Mary Bell selama enam bulan.

Sebelum ini Gitta Sereny pernah menulis buku berjudul Gitta Sereny: The Case of Mary Bell yang diterbitkan pada tahun 1972 bagaimanapun buku itu tidak mencetuskan kontroversi seperti bukunya yang kedua.

Cries Unheard: The Story of Mary Bell menjadi kontroversi kerana Mary Bell menerima pembayaran untuk penyertaannya dalam penerbitan buku ini.

Pembayaran telah dikritik oleh akhbar tabloid dan kerajaan di bawah pimpinan Tony Blair ketika itu mencari suatu tindakan yang sah untuk menghalang penerbitannya atas alasan seorang penjenayah tidak sepatutnya memperoleh hasil daripada jenayah yang telah dilakukannya, bagaimanapun cubaan tersebut gagal.

Mary Bell kini berusia 55 tahun.

sumber: arkib Utusan Malaysia, wikipedia

Jumaat, 17 Februari 2012

Ipoh Grafiti


Suatu ketika dahulu grafiti dianggap sebagai sesuatu yang menyakitkan mata, mencemarkan pemandangan dan suatu perbuatan yang tidak bermoral.

Ada kebenarannya pendapat tersebut kerana kebanyakan lakaran grafiti dibuat sekadar contengan yang tidak bermanfaat ditambah pula dengan kata-kata mencarut yang tidak sepatutnya ditulis di tempat umum.

Malahan kumpulan rock MAY pernah menjadikan isu grafiti dalam lagu mereka yang berjudul Grafiti, dimuatkan dalam album Hakikat.

Namun zaman semakin berubah dan masyarakat sudah dapat menerima grafiti apabila terdapat idea dan kreativiti yang dipaparkan dalam sesebuah grafiti itu.

Di Kuala Lumpur misalnya, sudah ada tempat yang disediakan kepada para belia dan remaja untuk mencurahkan bakat mereka pada lukisan grafiti malahan boleh dilihat oleh orang ramai dari dalam LRT.

Di Ipoh juga nampaknya sudah ada grafiti yang setanding dengan grafiti-grafiti di KL. Ini yang aku rakamkan dalam perjalanan aku ke Masjid Negeri tadi untuk menunaikan solat Jumaat.

Diharapkan agar pihak berkuasa tempatan memberikan ruang kepada mereka yang suka melukis grafiti untuk menunjukkan bakat mereka.