Jumaat, 25 Februari 2011

L. Ron Hubbard


L. Ron Hubbard atau nama sebenarnya Lafayette Ronald Hubbard dilahirkan pada tahun 1911 di Nebraska, Amerika Syarikat.

L. Ron Hubbard telah menghasilkan banyak karya penulisan yang disiarkan dalam majalah aviasi, sukan dan buku-buku fiksyen pulp.

Hubbard diberitakan menulis lebih kurang sejuta perkataan atau 30,000 mukasurat dalam setahun.

L. Ron Hubbard mampu untuk menaip tanpa berhenti selama dua puluh minit untuk satu topik cerita.

Di antara tahun 1933 dan 1938, Hubbard telah menyiapkan sebanyak 138 buah novel dalam genre fiksyen sains dan adventure.

Antara karya terawal L. Ron Hubbard ialah Buckskin Brigades (1937) dan Secret of Treasure Island (1938).

Pada tahun 1996, Guiness World of Records telah mengiktiraf pencapaian L. Ron Hubbard.

L. Ron Hubbard merupakan pengasas untuk kultus Scientology yang diikuti oleh ramai selebriti Hollywood seperti Tom Cruise dan John Travolta.

Sumber: Kosmo!, wikipedia

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bukankah Ron Hubbard ni pengasas Church of Scientology yang menidakkan tuhan dan mengiakan sains???

zulazahari berkata...

Ya, dialah orangnya.