Memaparkan catatan dengan label MERACAU. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MERACAU. Papar semua catatan
Selasa, 13 Ogos 2013
Shaheizy Sam, antara popular dan serba boleh
Aku akui, aku agak kurang menonton filem Melayu. Bukan kerana aku memandang rendah kepada filem-filem Melayu tetapi filem-filem Melayu agak kurang menarik untuk membuatkan aku menontonnya di pawagam. Lazimnya aku akan menontonnya melalui DVD ataupun menunggu tayangannya di kaca televisyen.
Namun begitu, terima kasih kepada stesen televisyen tempatan yang telah menayangkan beberapa buah filem Melayu sepanjang musim perayaan Aidilfitri kali ini. Aku perasan agak banyak juga filem-filem dan drama lakonan Shaheizy Sam ditayangkan kali ini.
Kongsi, Adnan Sempit Balik Beraya, Ngangkung, Aku Bukan Tomboy sekadar menulis beberapa buah judul filem dan drama lakonan Saheizy Sam yang ditayangkan di TV hari raya kali ini.
Sebelum ini aku pernah menonton lakonannya di dalam filem Songlap, Bini-Biniku Gangster dan drama Kisah Cinta di TV3.
Berbagai karakter telah dibawakan oleh Shaheizy Sam daripada seorang mat rempit, seorang nerd, seorang playboy hinggalah ke watak negatif seperti pembunuh upahan, Sam mampu membawakannya dengan berkesan.
Jika Aaron Aziz dinobatkan sebagai pelakon lelaki paling popular di Malaysia, tidak keterlaluan jika Shaheizy Sam dinobatkan sebagai pelakon lelaki serba boleh di Malaysia.
Keep it up, bro!
Rabu, 15 Mei 2013
Menunggu
Man of Steel insya Allah dapat tengok.
The Wolverine tak dapat sebab dah puasa, maknanya akan ku tunggu di pusat DVD. Tak main download-download.
Man of Steel dijangka akan ditayangkan di seluruh Malaysia pada 13 Jun 2013.
The Wolverine dijangka akan ditayangkan di seluruh Malaysia pada 25 Julai 2013.
Rabu, 16 Januari 2013
Tu la, orang cakap korek telinga hari-hari tak nak buat, kan dah tak dengar!
Hmmm.....macam-macam isu kat Malaysia sekarang ni kan?
Ada dua faktor, sama ada orang kat Malaysia dah semakin bijak sana atau semakin bengap sana.
Apa-apa je lah.
Gua tak nak campur.
Yang pastinya baru je reda fenomena Gangnam Style, sekarang muncul pula fenomena Listen! Listen! Listen!
Best jugak ni, boleh buat remix untuk lagu dubstep, hehehe.
Oh Malaysiaku!! Sedihnya aku dengan ibu pertiwi yang semakin 'sakit' oleh kerenah rakyat-rakyatnya yang semakin 'bangkit' (kononnya).
Rabu, 9 Januari 2013
Iklan Muslimah UNICEF
Ini adalah iklan kempen pentingnya pelajaran kepada wanita di negara-negara Islam anjuran UNICEF.
Secara peribadi aku rasakan iklan ini agak kreatif kerana ia cuba menjaga sensitiviti kedua-dua belah pihak iaitu bagi pihak masyarakat Islam dan masyarakat barat yang tidak memahami Islam.
Wanita Muslim perlu menjaga auratnya kecuali muka dan kedua-dua tapak tangannya. Ada sesetengah wanita Muslim yang memakai burqa dan hanya menampakkan kedua-dua matanya sahaja.
Bagi masyarakat barat pula pemakaian burqa atau hijab entah kenapa telah menjadi sesuatu yang sensitif dan menyebabkan banyak institusi ataupun sekolah mengeluarkan larangan memakai hijab dan burqa.
Meskipun UNICEF tidak menggambarkan muslimah yang berhijab atau memakai burqa sebagai model namun sekurang-kurangnya UNICEF bijak untuk menyampaikan kempennya tanpa sebarang kontroversi.
sumber:

Selasa, 18 Disember 2012
Jumaat, 30 November 2012
Perlukah Return of the Jedi di'edit' lagi??
Ramai yang tak perasan, aku pun tak perasan pada mulanya.
George Lucas nak tunjukkan bahawa hantu Anakin Skywalker ialah Hayden Christensen, tapi membiarkan hantu Obi-Wan Kenobi kekal dengan Alec Guiness, pelakon yang membawakan watak Obi-Wan Kenobi sewaktu tua sebelum Ewan McGregor membawakan watak Obi-Wan Kenobi waktu muda.
Hantu Yoda pun masih kekal dengan Yoda tua.
Sumber
Selasa, 16 Oktober 2012
Isnin, 16 Julai 2012
Puasa dan godaan The Dark Knight Rises
Insya Allah kita akan menyambut 1 Ramadan pada 20 Julai ini manakala filem The Dark Knight Rises yang merupakan siri terakhir Batman arahan Christopher Nolan akan ditayangkan pada 19 Julai. Aku pasti ramai yang akan berpusu-pusu ke pawagam pada malam 20 Julai untuk menonton filem tersebut dan meninggalkan solat sunat tarawikh. Pilihan di tangan anda, filem The Dark Knight Rises boleh ditonton kemudian apabila dikeluarkan dalam format DVD dan VCD manakala solat sunat tarawikh hanya dapat dilakukan ketika Ramadan.
* Imej daripada yugo21.blogspot.com
Selamat menyambut Ramadan al-Mubarak, maaf zahir dan batin.
* Imej daripada yugo21.blogspot.com
Rabu, 30 Mei 2012
You Got Mail!!
PERHATIAN!!!
buka komputer/laptop anda
pada "Local Disk (c) ,
THEN "Program Files"
or
"Program Files(x86)"
THEN "Microsoft Office"
THEN "Media"
THEN "CAGCAT10"'
cari gambar no "J0285926" dan klik.
Anda akan jumpa gambar Lambang/
Bendera ZIONIS, ISRAEL. Lengkap (sama dengan warna aslinya) dangan lilin (sarana ibadah
mereka).
DELETE pic itu!!
Untuk pengetahuan anda ,
gambar tersebut ada di seluruh PC dan LAPTOP.
Sebarkan kepada semua saudara islam!! CARI sampai
JUMPA!!
Heheheh.....itulah kandungan e-mail yang aku terima. Aku ucapkan terima kasih kepada pengirim tersebut yang telah bersusah-payah mengorbankan masa berkualitinya semata-mata untuk mengirim e-mail ini.
Sebenarnya apa yang dimaksudkan oleh pengirim itu ialah lambang hari Hannukah iaitu sebuah perayaan kaum Yahudi yang biasanya disambut pada 25 Disember (bersamaan Hari Krismas bagi penganut Kristian).
Gambar tersebut memang disertakan di dalam Microsoft Office sebagai melambangkan ikon perayaan untuk tujuan kiriman di dalam e-mail atau sebagai clip-art untuk Power Point. Ia turut disertakan bersama ikon-ikon lain seperti komputer, spanar dan sebagainya yang bertujuan untuk dijadikan clip-art.
Itu sahaja, aku yakin ia bukanlah bertujuan untuk menyebarkan fahaman Freemason atau Illuminati atau New World Order atau apa saja yang boleh menyesatkan umat Islam, dan aku rasa jika dibiarkan sahaja imej itu di dalam PC ia tidak akan mendatangkan kesan apa-apa.
Janganlah paranoid sangat.

Jumaat, 17 Februari 2012
Ipoh Grafiti

Suatu ketika dahulu grafiti dianggap sebagai sesuatu yang menyakitkan mata, mencemarkan pemandangan dan suatu perbuatan yang tidak bermoral.
Ada kebenarannya pendapat tersebut kerana kebanyakan lakaran grafiti dibuat sekadar contengan yang tidak bermanfaat ditambah pula dengan kata-kata mencarut yang tidak sepatutnya ditulis di tempat umum.
Malahan kumpulan rock MAY pernah menjadikan isu grafiti dalam lagu mereka yang berjudul Grafiti, dimuatkan dalam album Hakikat.Namun zaman semakin berubah dan masyarakat sudah dapat menerima grafiti apabila terdapat idea dan kreativiti yang dipaparkan dalam sesebuah grafiti itu.
Di Kuala Lumpur misalnya, sudah ada tempat yang disediakan kepada para belia dan remaja untuk mencurahkan bakat mereka pada lukisan grafiti malahan boleh dilihat oleh orang ramai dari dalam LRT.Di Ipoh juga nampaknya sudah ada grafiti yang setanding dengan grafiti-grafiti di KL. Ini yang aku rakamkan dalam perjalanan aku ke Masjid Negeri tadi untuk menunaikan solat Jumaat.
Diharapkan agar pihak berkuasa tempatan memberikan ruang kepada mereka yang suka melukis grafiti untuk menunjukkan bakat mereka.
Jumaat, 18 November 2011
Ironik Kaulah Segalanya Harimau Malaya

Ok, kali ini aku nak cerita pasal bola. Bukan pasal kemenangan Malaysia ke atas Indonesia semalam, tetapi sesuatu yang menggelikan hati aku sewaktu menonton perlawanan itu.
Aku tak menonton Astro Arena kerana aku bukan pelanggan Astro. Aku tak menonton ulasan perlawanan itu di TV3 kerana aku rasa pengulasnya agak membosankan. Aku menontonnya di TV2 kerana Hj Hasbullah Awang tetap merupakan pengulas sukan terunggul di negara ini selain Dato' Haji Rahim Razali.
Cuma yang melucukan ialah sewaktu 'break' menanti separuh masa kedua, TV2 telah menyiarkan 'tribute' kepada pasukan Malaysia dengan lagu latar Kaulah Segalanya dendangan Ruth Sahanaya. Agak ironik, pasukan kita sedang menentang pasukan Indonesia manakala lagu yang menjadi latar tribute didendangkan oleh penyanyi Indonesia. Sudah tiadakah lagu tempatan lain yang boleh dijadikan lagu latar? Kenapa tidak dimainkan lagu Mentera Semerah Padi oleh Datuk M. Nasir atau lagu lazim untuk menaikkan semangat pasukan Malaysia iaitu Fikirkan Boleh dendangan Metropolitan.
Apa-apapun aku ucapkan tahniah kepada pasukan Malaysia kerana telah menunjukkan permainan yang cemerlang malam tadi.
imej kredit: Utusan Malaysia
Khamis, 14 April 2011
Remaja yang banyak mendengar muzik lebih berisiko mendapat kemurungan

Satu kajian yang dilakukan oleh sekolah perubatan Pittsburgh, Amerika Syarikat mendapati remaja yang banyak meluangkan masanya mendengar muzik lebih berisiko mendapat kemurungan. Remaja yang banyak mendengar muzik mendapat risiko kemurungan 8.3 kali lebih banyak daripada remaja yang tidak mendengar muzik.
Remaja yang banyak membaca buku pula hanya mempunyai risiko 1/10 untuk mendapat kemurungan.
Oleh itu, banyakkan membaca buku dan kurangkan mendengar muzik.
Untuk mengetahui lebih lanjut, klik sini dan sini
sumber: www.omg-facts.com
Khamis, 10 Mac 2011
A Doctor in the House, the best seller

Woo hoo!! 5,000 naskhah terjual dalam 1 hari. Ini dah sampai tahap best seller. Siapalah agaknya yang berani nak adaptasi buku ni ke filem, yerk??
Jumaat, 4 Mac 2011
Pornografi, pro dan kontra

Menurut satu kajian, dianggarkan lebih 27 peratus remaja terbabit dalam seks bebas kerana kemudahan mendapatkan bahan lucah semakin terbuka.
Video-video lucah semakin senang diperolehi dan ditonton akibat berkembangnya teknologi yang memudahkan penyebaran video-video ini melalui SMS dan internet.
Pada tahun 2009 seorang pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mendapati 60 peratus kes perzinaan berpunca daripada menonton video dan bahan lucah.
Kes membuang bayi yang semakin meningkat juga berpunca daripada menonton bahan-bahan lucah.
Menurut penyelidik di Pusat Penyelidikan Seks, Kesihatan dan Masyarakat Australia, Universiti La Trobe, Melbourne, Australia iaitu Michael Flood, kanak-kanak yang sering menonton filem porno menganggap kekerasan dalam hubungan seksual adalah perkara biasa.
Michael Flood juga mendapati pornografi memberikan kesan negatif kepada individu dan juga komuniti.
Flood juga menyifatkan video pornografi adalah sumber pembelajaran seks yang salah kerana aksi yang ditunjukkan adalah keterlaluan dan mempamerkan kekerasan lelaki terhadap perempuan.
Pada tahun 2010 Komisi Perlindungan Anak Indonesia (KPAI) menerima laporan mengenai kes perkosa yang melibatkan kira-kira 33 orang kanak-kanak.
Di Amerika Syarikat pula dianggarkan kanak-kanak dan remaja lelaki berumur 12 hingga 17 tahun adalah golongan terbesar yang menonton video lucah kategori ekstrem.
Suruhanjaya Kajian Pornografi Kebangsaan Amerika Syarikat mendapati pada tahun 1970 dan 1968, seorang daripada lima kanak-kanak lelaki serta seorang daripada 10 kanak-kanak perempuan mendapat pendedahan pertama kepada filem lucah seawal usia 12 tahun.
Bagaimanapun di China, satu kajian mendapati dengan menonton video pornografi mampu mengatasi masalah ejakulasi pramatang.
Sementara di Singapura pula, seorang doktor menyatakan dengan menonton video pornografi dan melakukan onani mampu untuk merangsang pengeluaran hormon lelaki dan membantu pesakit memperbaiki kehidupan seks mereka.
Sumber: Kosmo!, majalah iSihat.
Rabu, 23 Februari 2011
Kajian-kajian pelik

Pada tahun 2007, satu penyelidikan telah dibuat oleh Sekolah Perubatan Universiti Michigan, Amerika Syarikat. Penyelidikan itu mendapati lelaki atau wanita tua yang memiliki harta melebihi RM300,000 kurang merasai kesakitan ketika hendak meninggal dunia.
Penyelidik juga mendapati mereka yang kaya ini kurang berdepan dengan masalah seperti kemurungan dan sesak nafas. Ini disebabkan harta yang mereka miliki membolehkan mereka mendapat rawatan dan perkhidmatan keselamatan yang lebih baik.
Pada tahun yang sama, seorang profesor psikologi bernama Frank McAndrew di Kolej Knox, Amerika Syarikat telah membuat kajian mengenai tabiat bergosip.
McAndrew mendapati gosip adalah lumrah bagi manusia. Manusia berasa seronok setiap kali bergosip kerana bergosip dan bercerita kepada seseorang membantu mengeratkan perhubungan.
Apa pendapat anda?
Sumber: Majalah Harmoni edisi Ogos 2007
Khamis, 10 Februari 2011
Jangan Sambut Hari Valentine
Firman Allah SWT:

"Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota- anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya." - Surah al-Isra' Ayat 36.
Sambutan Valentine Day atau Hari Kekasih jatuh pada 14 Februari setiap tahun.
Dahulunya hari ini cuma disambut di negara-negara barat tetapi sekarang sambutan Hari Valentine juga telah dirayakan di Malaysia.
Lazimnya pada Hari Valentine para remaja dan juga para kekasih akan menghantar kad ucapan, berpesta, tukar menukar hadiah dan memberikan sekuntum atau sejambak bunga kepada kekasih dan orang yang dicintai.
Hukum menyambut Hari Valentine oleh orang Islam telah pun dibincangkan pada Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang telah bersidang pada 22 - 24 November 2005.
Muzakarah telah memutuskan bahawa acara menyambut Hari Valentine bertentangan dengan ajaran agama Islam meskipun alasan untuk menyambut Hari Valentine dikatakan sebagai hari memperingati kekasih dan berkasih sayang.
Keputusan ini dibuat berdasarkan amalan menyambut Hari Valentine yang boleh membawa kepada aktiviti maksiat dan gejala sosial di samping sejarah Hari Valentine yang mempunyai unsur-unsur agama Kristian.
Menurut sejarah, pada 14 Februari 270 Masehi, seorang paderi Kristian bernama St. Valentine telah dihukum bunuh kerana menentang Raja Rome yang memerintah ketika itu iaitu Raja Claudius II (268 - 270M).
Keberanian St. Valentine menentang raja demi untuk mempertahankan haknya telah dianggap sebagai satu keberanian dan disanjung tinggi oleh pengikutnya.
Demi untuk mengenang keberanian St. Valentine dan juga untuk menangisi kematian St. Valentine, 14 Februari telah dijadikan upacara keagamaan oleh penganut-penganut Kristian.
Bagaimanapun, upacara keagamaan itu beransur-ansur hilang dan menjadi seperti suatu tradisi. Hari Valentine kemudian dikaitkan pula dengan pesta jamuan kasih sayang bangsa Romawi kuno yang dipanggil supercalis pada tanggal 15 Februari.
Upacara tradisi ini dihubungkaitkan dengan sambutan Hari Valentine apabila bangsa Romawi kuno menganut agama Kristian, menjadikan secara rasmi 14 Februari dikenali sebagai Hari Valentine.
Oleh itu, kepada sesiapa yang beragama Islam tetapi mengamalkan sambutan Hari Valentine pada 14 Februari eloklah meninggalkannya kerana telah jelas sambutan Hari Valentine ini adalah khusus kepada penganut Kristian sahaja.
Sumber: Majalah Milenia Muslim edisi Februari 2011.
Untuk membaca fatwa mengenai hukum orang Islam menyambut Hari Valentine boleh klik sini.

Ahad, 6 Februari 2011
Urbanisasi dan kekolotan
Dan tidak ada sebab bagi kamu,(yang menjadikan) kamu tidak mahu makan dari (sembelihan binatang-binatang halal) yang disebut nama Allah ketika menyembelihnya, padahal Allah telah menerangkan satu persatu kepada kamu apa yang diharamkanNya atas kamu, kecuali apa yang kamu terpaksa memakannya? Dan sesungguhnya kebanyakan manusia hendak menyesatkan dengan hawa nafsu mereka dengan tidak berdasarkan pengetahuan. Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yang lebih mengetahui akan orang-orang yang melampaui batas. - AL-AN'AAM: 119Mungkin kepada Melayu Urban, aku dianggap kolot. Namun aku tidak kisah. Biarlah aku dianggap kolot asalkan aku tidak menghampiri perkara-perkara syubhah.
Mungkin aku dianggap kolot kerana enggan memasuki restoran yang hanya menggantungkan papan tanda pork free. Aku pun tidak pasti apakah maksud pork free itu, adakah bebas babi ataupun babi percuma? Sesuatu yang aku pasti, pork free tidak semestinya ia halal, tambahan pula tiada pengesahan halal daripada pihak yang berkuasa seperti JAKIM ataupun Jabatan/Majlis Agama Islam Negeri.
"Ala, apa la kau ni. Restoran ni pork free la, orang Melayu boleh masuk punya," kata seorang Melayu Urban kepada aku. Aku tidak nafikan orang Melayu memang tiada masalah untuk makan/minum di restoran yang bebas babi atau babi percuma namun bagi orang Islam masih belum pasti lagi.
Juga maafkan aku atas keengganan meminum kopi champagne walaupun aku tahu ia memang kopi. "Benda ni kopi la, nama je kopi champagne sebab berbuih-buih," kata Melayu Urban itu lagi. Seingat aku sewaktu bersekolah dahulu, Ustaz di sekolah pernah berpesan jangan menyamakan sesuatu yang halal dengan yang haram kerana ia boleh jatuh haram. Kenapa tak tukar nama kalau ia sesuatu yang halal? Kenapa harus dinamakan dengan sesuatu yang haram? Sedangkan nama kuih yang menjijikkan seperti cucur kodok dan tahi itik juga telah ditukar nama.
Aku terkesima apabila mendengarkan penjelasan si Melayu Urban bila ditanyakan tentang perbuatan mencampur alkohol dalam masakan. "Kita gunakan alkohol itu sebagai bahan api, untuk membakar makanan tersebut. Apabila alkohol telah dibakar, kandungan alkohol itu sudah hilang, maka kita bolehlah makan. Apa nak disusahkan, bergantung pada hati masing-masing, kalau rasa boleh makan, kita makanlah."
Begitu rupanya cara Melayu Urban berfikir. Mudahnya.
Khamis, 30 Disember 2010
Hujung tahun yang memuaskan
Terdapat dua perkara yang memuaskan hati aku untuk penghujung tahun 2010 ini.
Pertama, kepuasan menonton filem Hantu Kak Limah Balik Rumah. Aku rasa ini merupakan filem Melayu yang paling memuaskan hati aku untuk tahun ini. Memang aku betul-betul terhibur menonton filem ini. Syabas buat Mamat Khalid.
Kedua adalah kejayaan Malaysia menjulang kejuaraan di Piala Suzuki AFF 2010 yang begitu membanggakan.
Aku dapat lihat akan usaha bersungguh-sungguh pasukan Malaysia cuba untuk mempertahankan kedudukan dan menghalang pasukan Indonesia daripada menyamakan kedudukan. Meskipun Indonesia berjaya juga menyumbatkan dua gol namun Malaysia tetap menjadi juara berdasarkan kedudukan agregat 4-2.
Tahniah kepada Safee Sali yang dinobatkan sebagai penjaring terbanyak sepanjang kejohanan AFF Suzuki tahun ini sekaligus mencatatkan nama sebagai anak Malaysia pertama di dalam rekod penjaring terbanyak Piala AFF Suzuki.
Juga kepada penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat yang bertungkus lumus mempertahankan pintu gol daripada disumbatkan pihak lawan.
Sejak bila pulak aku jadi pengulas sukan ni?? Tak kisahlah, dengan prestasi cemerlang yang dipersembahkan pasukan Malaysia semalam, seandainya dapat dikekalkan aku yakin Malaysia akan mampu mencapai kejayaan di peringkat yang lebih tinggi.
Kredit imej:
Hantu Kak Limah = wanwidget.com
Kejaaan pasukan Malaysia - Utusan Malaysia Online
Pertama, kepuasan menonton filem Hantu Kak Limah Balik Rumah. Aku rasa ini merupakan filem Melayu yang paling memuaskan hati aku untuk tahun ini. Memang aku betul-betul terhibur menonton filem ini. Syabas buat Mamat Khalid.Kedua adalah kejayaan Malaysia menjulang kejuaraan di Piala Suzuki AFF 2010 yang begitu membanggakan.
Aku dapat lihat akan usaha bersungguh-sungguh pasukan Malaysia cuba untuk mempertahankan kedudukan dan menghalang pasukan Indonesia daripada menyamakan kedudukan. Meskipun Indonesia berjaya juga menyumbatkan dua gol namun Malaysia tetap menjadi juara berdasarkan kedudukan agregat 4-2.
Tahniah kepada Safee Sali yang dinobatkan sebagai penjaring terbanyak sepanjang kejohanan AFF Suzuki tahun ini sekaligus mencatatkan nama sebagai anak Malaysia pertama di dalam rekod penjaring terbanyak Piala AFF Suzuki.Juga kepada penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat yang bertungkus lumus mempertahankan pintu gol daripada disumbatkan pihak lawan.
Sejak bila pulak aku jadi pengulas sukan ni?? Tak kisahlah, dengan prestasi cemerlang yang dipersembahkan pasukan Malaysia semalam, seandainya dapat dikekalkan aku yakin Malaysia akan mampu mencapai kejayaan di peringkat yang lebih tinggi.
Kredit imej:
Hantu Kak Limah = wanwidget.com
Kejaaan pasukan Malaysia - Utusan Malaysia Online
Selasa, 28 September 2010
Filem animasi Jepun bahaya
KOTA BHARU - Kandungan filem animasi dari Jepun dikenal pasti sebagai bahan tontonan paling bahaya untuk kanak-kanak di negara ini kerana mempunyai unsur negatif yang boleh merosakkan minda mereka.
Pengerusi Lembaga Penapis Filem (LPF), Datuk Mohd. Hussain Shafie berkata, ramai masyarakat di negara ini tidak mengetahui bahaya sesetengah cerita filem animasi kerana kurang peka mengenai kandungan cerita berkenaan dan beranggapan ia hanya sebuah cerita rekaan seperti kartun yang sesuai untuk kanak-kanak.
"Banyak cerita animasi dari Jepun telah kita haramkan kerana walaupun ia merupakan cerita animasi yang dikatakan sesuai untuk golongan kanak-kanak tetapi ia tetap lebih kepada golongan dewasa.
"Ada antara kandungan cerita itu memaparkan animasi wanita dengan pakaian singkat, membuka dada dan beberapa adegan yang tidak elok untuk ditontoni oleh golongan kanak-kanak," katanya selepas Majlis Dialog Bersama Setiausaha Bahagian Kawalan Penapisan Filem Dan Penguatkuasaan Cawangan Kelantan di sini semalam.
Dipetik dari akhbar Kosmo! bertarikh 28 September 2010.

Komen aku: baru tahu ke????

Isnin, 19 Julai 2010
Orgasma waktu petang

Uh-oh, anda tertarik dengan judul entri di atas?? Ya, di manakah kisah ghairah berahi itu??
Jawapannya, jangan mudah menilai entri sesebuah blog hanya dengan judulnya saja. Hahaha....
Aku baharu sahaja melayari blog-blog orang lain, ya, blog sosio-politik, blog famili, blog filem dan hiburan. Aku jelas, blog aku merupakan blog yang paling sedikit menerima komen, jika ada pun komen yang diberikan hanyalah oleh mereka yang sering membaca blog aku, maka dengan itu aku berterima kasih kepada mereka.
Namun adakah bagusnya sesebuah blog itu bergantung kepada komen yang diterima? Atau mungkin juga oleh jumlah pelawat?? Atau bergantung kepada isi yang ditulisnya??
Seperti yang pernah aku tulis, aku menulis blog sebagai alat pelepas nafsu serakahku, ya, seperti judul entri aku, orgasma waktu petang (ada juga kaitannya ya) setiap kali kepala berserabut, setiap kali nafasku sesak, setiap kali perasaan bosan menjengah diri, maka waktu itulah blog ini menjadi mangsa kerakusanku.
Dan sekarang aku tengah tension lah yang aku merepek ni!
Langgan:
Catatan (Atom)