Isnin, 22 April 2013

Lahir dari sitkom

Tatyana Ali.

Tatyana Ali mula dikenali apabila membintangi siri komedi The Fresh Prince of Bel-Air pada tahun 1990. Sejak itu beliau telah membintangi beberapa buah filem dan rancangan televisyen. Filem terbaharu lakonan beliau ialah Locker 13 yang diarahkan oleh Bruce Dellis. Tatyana Ali juga pernah merakamkan album berjudul Kiss the Sky pada tahun 1998.


Jason Bateman.

Jason Bateman mula dikenali sewaktu membintangi sitkom Silver Spoon bersama Ricky Schroder pada awal 80'an. Jason Bateman terlebih dahulu membintangi siri keluarga Little House on the Prairie. Sejak itu beliau lebih sinonim dengan filem-filem berunsur komedi. Filem terbaharu lakonan beliau ialah Identity Thief di mana beliau bergandingan bersama Melissa McCarthy.


Justine Bateman.

Justine Bateman mula dikenali ramai apabila membawakan watak Mallory Keaton di dalam sitkom Family Ties pada awal 80'an. Di dalam sitkom tersebut beliau bergandingan bersama Michael J. Fox. Justine Bateman kemudian lebih dikenali sebagai pelakon televisyen kerana telah membintangi beberapa siri televisyen seperti Lois and Clark: The New Adventures of Superman, Arrested Development, Desperate Housewives dan Private Practice. Justine Bateman juga adalah adik perempuan kepada pelakon komedi Jason Bateman.


Valerie Bertinelli

Dikenali untuk wataknya Barbara Cooper Royer dalam sitkom One Day at a Time pada tahun 1975. Beliau kemudiannya lebih banyak membintangi siri televisyen antaranya ialah Touched by an Angel. Valerie Bertinelli pernah berkahwin dengan giaris Eddie Van Halen pada tahun 1981 bagaimanapun berpisah pada tahun 2007.


Zachery Ty Brian

Zachery Tt Brian membawa watak Brad Taylor iaitu anak kepada Timothy 'Tim' Taylor lakonan Tim Allen di dalam sitkom Home Improvement pada awal 90'an. Kemudian beliau menjadi salah seorang pelakon undangan untuk sitkom The Fresh Prince of Bel-Air. Filem pertama yang dibintangi oleh beliau berjudul Bigfoot: The Unforgettable Encounter pada tahun 1994. Terbaharu beliau telah membawakan watak Clay dalam filem The Fast and the Furious: Tokyo Drift pada tahun 2006.


Candace Cameron Bure

Sebelum ini lebih dikenali sebagai Candace Cameron membawakan watak DJ Tanner di dalam sitkom popular tahun 90'an, Full House. Beliau ialah adik perempuan kepada pelakon Kirk Cameron yang juga pernah membintangi sitkom popular tahun 80'an iaitu Growing Pains. Sebelum popular dengan siri Full House, beliau pernah membintangi beberapa sitkom lain seperti Punky Brewster dan Growing Pains. Setelah siri Full House ditamatkan, Candace Cameron membintangi beberapa buah filem dan siri televisyen seperti Boy Meets World, That's So Raven dan Punchline bersama Tom Hanks pada tahun 1998. Candace Cameron menggunakan nama Candace Cameron Bure setelah mengahwini pemain hoki ais berbangsa Rusia, Valeri Bure pada tahun 1996.


Kirk Cameron

Abang kepada pelakon sitkom Full House, Candace Cameron. Kirk Cameron dikenali ramai setelah membawakan watak Mike Seaver di dalam sitkom Growing Pains. Kirk Cameron juga pernah menjadi bintang undangan untuk sitkom Full House. Setelah beberapa tahun Kirk Cameron hidup sebagai seorang atheist, Kirk Cameron kembali menjadi seorang Kristian dan mula menumpukan kepada filem-filem bercorak Kristian.


Gary Coleman

Gary Coleman dikenali untuk watak Arnold Jackson di dalam sitkom Diff'rent Strokes pada tahun 1978. Bagaimanapun beliau terlebih dahulu menjadi pelakon undangan untuk sitkom The Jeffersons pada tahun yang sama. Setelah itu beliau telah diundang untuk membintangi beberapa siri televisyen dan sitkom seperti The Facts of Life, Buck Rogers in the 25th Century, Silver Spoons, Amazing Stories, The Kid with the 200 I.Q. dan The Fresh Prince of Bel-Air. Gary Coleman meninggal dunia pada 28 Mei 2010 akibat pendarahan dalaman.


Miranda Cosgrove

Miranda Cosgrove lebih dikenali sebagai Carly Shay di dalam sitcom iCarly. Sebenarnya Miranda Cosgrove telah pun membintangi siri televisyen Smallville dengan membawakan watak Lana Lang sewaktu kecil dalam episod pengenalan siri tersebut. Kemudian Miranda Cosgrove membintangi filem komedi School of Rock bersama Jack Black pada tahun 2003. Pada tahun 2007 Miranda Cosgrove membawakan watak Paige Howard di dalam sitkom Zoey 101 yang dibintangi oleh adik kepada Britney Spears iaitu Jamie Lynn Spears. Cosgrove juga melantunkan suara untuk watak Margo di dalam filem animasi Despicable Me dan Despicable Me 2. Miranda Cosgrove juga terkenal sebagai penyanyi dan pernah merakamkan album berjudul Sparks Fly pada tahun 2010.


Tiada ulasan: