Khamis, 7 Februari 2013

Spielberg bikin filem sejak zaman kanak-kanak

Sewaktu majlis tayangan filem War Horse pada tahun lepas, Steven Spielberg telah menceritakan bahawa beliau telah pun mengarah filem sejak berusia 13 tahun.

Menurutnya, filem adalah segalanya dalam hidupnya. Jika tiada kisah yang hendak diceritakan beliau akan menjadi gila.

Sewaktu berusia 13 tahun beliau banyak menghabiskan masa merakamkan sesuatu dengan kamera filem selama tiga dan empat minit.

Steven Spielberg mula dikenali ramai setelah filem pertamanya berjudul Duel ditayangkan kepada umum pada tahun 1971.

Pada tahun 1975, nama Spielberg semakin dikenali ramai atas populariti filem seram arahannya iaitu Jaws.

Steven Spielberg juga telah menghasilkan lebih 30 buah filem selain produksi untuk siri televisyen seperti Columbo dan Band of Brothers.

Menurut Spielberg, nasihat terbaik pernah diterimanya sebagai penerbit filem muda adalah daripada pengarah filem Perancis, Francois Truffaut yang dikenalinya dalam tahun 1970-an.

Truffaut pernah berkata kepadanya, "Anda perlu bekerja bersama kanak-kanak, anda akan menjadi relevan dalam filem-filem anda."

Disebabkan itu maka Spielberg masih menjadi kanak-kanak dan tidak pernah berubah.

sumber asal: Kosmo!

1 ulasan:

fredd berkata...

aku suka filem Artificial Intelligent yang dia arah. Lakonan Haley Joel Osment