Jumaat, 21 Disember 2012

Soundgarden pilih Dave Grohl untuk arah video klip

Kumpulan alternative rock Soundgarden telah memilih bekas pemain dram Nirvana dan pengasas kumpulan Foo Fighters untuk mengarahkan video klip mereka yang terbaharu berjudul By Crooked Steps.

Tidak banyak maklumat yang diperolehi tentang konsep video klip By Crooked Steps, namun daripada laman instagram Soundgarden, kemungkinan besar ia bertemakan tentang kumpulan motosikal.

Ini kerana terdapat logo kelab motosikal Crooked Steps yang ditampal di belakang salah seorang anggota kumpulan tersebut.

Juga terdapat imej vokalis Soundgarden, Chris Cornell bermain daun terup dan suasana di dalam sebuah bar juga imej kumpulan Soundgarden mempersembahkan lagu By Crooked Steps.

Sumber:

Tiada ulasan: