Rabu, 26 Disember 2012

Mat Kilau dan Datuk M. Daud Kilau

Suatu ketika dahulu pernah dihebohkan tentang pembikinan filem epik tentang Pahlawan Mat Kilau yang mana kos pembikinannya adalah sebanyak RM10 juta.

Filem tersebut dikatakan antara yang kedua termahal selepas filem epik Puteri Gunung Ledang dan sedikit tinggi daripada kos pembikinan filem Hikayat Merong Mahawangsa.

Berita tentang pembikinan filem tersebut pernah diumumkan sekitar bulan Mac 2009.

Kini tahun 2012 hampir berlalu dan kiamat juga tidak menjelang, begitu juga dengan filem tersebut yang langsung sepi tanpa berita.

Seandainya tidak dapat menghasilkan filem tersebut, elok juga digantikan dengan filem biografi Datuk M. Daud Kilau.

Berita pembikinan filem Mat Kilau

3 ulasan:

Dr. Bentara berkata...

hahaha tapi best juga kalau filem m daud kilau. legend.

faizal abd fathi berkata...

agaknya siapa layak jadi Dato M Daud Kilau?? Aaron Aziz?? hehhe

WanBeruas berkata...

..time preview filem nanti sume penonton dimestikan berpakaian berkilau kilau...hahaa..