Khamis, 20 Disember 2012

Ian Watkins ditahan atas tuduhan melakukan kesalahan seksual terhadap kanak-kanak

Vokalis Lostprophets, Ian Watkins telah didakwa dengan enam tuduhan kesalahan seks terhadap kanak-kanak termasuk konspirasi untuk terlibat dalam kegiatan seksual bersama kanak-kanak perempuan di bawah 13 tahun termasuk memiliki dan mengedar gambar-gambar lucah kanak-kanak.

Lostprophets ialah kumpulan rock yang telah menjual 3.5 juta album di seluruh dunia sepanjang penglibatan mereka di dalam arena muzik selama 15 tahun. Kumpulan yang berasal dari Wales ini juga pernah menduduki tempat pertama untuk carta alternative rock di Amerika Syarikat dengan lagu mereka Last Train Home pada tahun 2004.

Kesalahan tersebut dilakukan pada 19 Disember 2012. Ian Watkins telah ditahan reman bersama dua orang wanita. Bagaimanapun, menurut peguamnya, Watkins tidak mengaku bersalah atas tuduhan tersebut.

Sumber:

Tiada ulasan: