Rabu, 5 September 2012

Pacific Rim, filem Kaiju sentuhan Hollywood

Umum mengetahui bahawa filem-filem Kaiju (filem-filem rasaksa) dipelopori oleh industri perfileman Jepun. Filem-filem seperti Godzilla, Mothra dan Gamera memang telah lama dikenali oleh masyarakat antarabangsa meskipun ia bukanlah diperkenalkan oleh industri perfileman Hollywood.

Disebabkan oleh pengaruh filem Kaiju yang telah berjaya menenggelamkan filem-filem rasaksa Hollywood (kecuali King Kong, Jaws dan Jurassic Park) maka Hollywood berusaha untuk memperkenalkan filem Kaiju mereka sendiri.

Bermula dengan filem Godzilla versi Hollywood pada tahun 1998 diikuti dengan Cloverfield pada tahun 2008. Kini Hollywood akan muncul dengan filem Kaiju terbaharu berjudul Pacific Rim arahan Guillermo del Toro (Hellboy). Pacific Rim bagaimanapun bukanlah bertujuan untuk bersaing dengan filem-filem Kaiju daripada Jepun sebaliknya sebagai homage ataupun penghormatan kepada filem-filem Kaiju Jepun.

Pacific Rim mengisahkan tentang sekumpulan rasaksa yang secara tiba-tiba muncul daripada dasar laut dan telah melakukan kemusnahan di sebuah bandaraya. Banyak nyawa yang terkorban. Ini telah menyebabkan pihak berkuasa terpaksa melancarkan beberapa buah robot yang dikenali sebagai Jaegers untuk menentang rasaksa-rasaksa ini. Bagaimanapun Jaegers tidak mampu untuk menangani kemunculan rasaksa-rasaksa tersebut dan seorang juruterbang veteran bernama Raleigh Antrobus dan seorang pelatih bernama Mako Mori menjadi harapan terakhir kepada manusia.

Filem ini dibintangi oleh Idris Elba, Ron Perlman, Charlie Hunnam, Charlie Day, Clifton Collins Jr., Max Martini, Robert Maillet, Burn Gorman, Rinko Kikuchi, Heather Doerksen dan Larry Joe Campbell.

Tiada ulasan: