Selasa, 28 Ogos 2012

Lagi filem mengenai pembunuhan Osama bin Laden

Setelah Kathryn Bigelow (The Hurt Locker) mengarah dan menerbitkan filem Zero Dark Thirty, sebuah filem tentang misi pasukan khas Amerika Syarikat untuk membunuh Osama bin Laden, Steven Spielberg juga nampaknya mengikuti jejaknya.

Sebuah novel berjudul No Easy Day hasil karya bekas anggota pasukan khas yang ditugaskan untuk membunuh Osama bin Laden telah diterbitkan tanpa kebenaran dan persetujuan daripada Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat telah pun diterbitkan dan khabarnya novel tersebut sangat laris di pasaran.

Pengarang novel tersebut yang menggunakan nama samaran Mark Owen bercadang untuk menjual manuskrip novel tersebut kepada produksi perfileman Hollywood dan difahamkan bahawa pihak Dreamworks berminat untuk mengadaptasi novel tersebut.

Steven Spielberg kini dalam perbincangan untuk mengarahkan filem tersebut yang dikatakan menceritakan kisah sebenar bagaimana operasi membunuh lelaki yang dinobatkan sebagai pengganas nombor satu itu dilakukan.

Pihak Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat menyifatkan bahawa novel yang ditulis oleh Mark Owen itu amat sensitif dan penulis tersebut boleh dikenakan tindakan undang-undang kerana telah mendedahkan maklumat sulit pertahanan Amerika Syarikat.

Sumber

Tiada ulasan: