Isnin, 27 Ogos 2012

Generasi Dollah Sarawak

Dollah Sarawak
Biarpun Dollah Sarawak bukanlah seniman yang berasal dari Sarawak, khidmat baktinya dalam industri seni tempatan meninggalkan memori yang masih diingati hingga kini.

Sebelum Perang Dunia Kedua, Dollah Sarawak atau nama sebenarnya Mohammad Haji Sulaiman yang berasal dari Pulau Pinang merupakan nama besar dalam industri teater bangsawan.

Beliau menukar nama setelah berhijrah ke Sarawak dan berkahwin dengan seorang primadona bangsawan sebelum dikurniakan dua orang anak iaitu Seniwati Siput Sarawak dan Kuyung.

Kemudian, beliau berpindah ke Singapura setelah kematian isteri pertamanya itu dan mula berlakon filem. Legasi darah seninya diteruskan oleh anak perempuannya, Siput Sarawak setelah beliau meninggal dunia pada 21 Mac 1994.

Siput Sarawak
Sepanjang hayat Seniwati Siput Sarawak, beliau terkenal dengan keberkesanan watak jahat yang dilakonkannya menerusi filem-filem seperti Hujan Panas, Naga Tasik Chini (1966), Keluarga 69 (1967), Mata Syaitan (1962), Sultan Mahmud Mangkat Di Julang (1961) dan pelbagai karya hebat lain.

Walaupun tidak boleh membaca, beliau pernah berkata, dia tidak pernah menghadapi masalah untuk menjiwai setiap watak yang diberikan kepadanya.

Mengimbas sejarah awalnya, beliau mula berlakon nangsawan Siput Kuyung bersama bapanya Dollah Sarawak (nama sebenarnya Mohammad Sulaiman) sejak berusia 11 tahun.

Dalam kariernya, anugerah tertinggi yang pernah diberikan kepadanya ialah Anugerah Artis Veteran di Festival Filem Malaysia ke-9 (FFM9) tahun 1991. Beliau menghembuskan nafas terakhir pada 3 Jun 1999.

Anita Sarawak
Hasil perkongsian hidup Allahyarham S. Roomai Noor dan Siput Sarawak, mereka dikurniakan seorang anak tunggal, Anita Sarawak.

Penyanyi berbakat besar itu kini masih aktif dalam kegiatan seni malah lagu-lagunya yang malar segar seperti Akhirnya Kini Pasti, Bercanda di Pasiran Pantai, Joget Sayang di Sayang, Lodeh Mak Lodeh, Seksis dan Ular masih menjadi siulan.

-Kosmo!

Tiada ulasan: