Rabu, 8 Ogos 2012

Crocodile Dundee kembali!

Apabila menonton filem Crocodile Dundee dan Crocodile Dundee II yang ditayangkan di TV2, aku pun mula mencari perkembangan tentang Paul Hogan, aktor yang membawakan watak utama iaitu Mick 'Crocodile' Dundee dan isterinya iaitu Linda Kozlowski-Hogan yang membawakan watak Sue Chesterton.

Sinambungan filem Crocodile Dundee tidak terhenti pada filem Crocodile Dundee II sahaja tetapi dilanjutkan sehingga Crocodile Dundee in Los Angeles. Bagaimanapun, filem ini kurang mendapat sambutan dan mendapat kutipan paling rendah berbandng dua filem Crocodile Dundee yang awal.

Meskipun filem Crocodile Dundee in Los Angeles telah gagal, itu bukan bermakna tamatnya siri Crocodile Dundee ini. Filem Crocodile Dundee yang seterusnya berjudul Crocodile Dundee 4 - The Big Snapper Years sedang dalam proses pembikinan dan dijangka akan ditayangkan pada tahun 2013. Paul Hogan dan Linda Kozlowski-Hogan akan kembali membawakan watak masing-masing meskipun sudah dikategorikan sebagai warga emas. Paul Hogan kini berusia 70 tahun manakala Linda Kozlowski-Hogan berusia 51 tahun.

Plot filem kali ini mengisahkan Mick Dundee bersama Sue Chesterton yang menetap di Florida, Amerika Syarikat telah diminta oleh Datuk Bandar Clearwater untuk menangkap buaya yang telah mendiami kawasan pembetung di bandar tersebut.

Pelakon lain yang membintangi filem ini ialah Matthew McConaughey, Sandra Bullock, Lou Dobbs dan Carrie Prejean. Filem ini diarahkan oleh pengarah filem Australia iaitu Kittles McLeavenworth.

Tiada ulasan: