Isnin, 2 Julai 2012

Tom dah berpisah dengan Kate dan menjadi Jack Reacher

Kebelakangan ini semakin banyak watak-watak penyiasat fiksyen daripada novel dihidupkan ke layar perak. Bermula dengan watak perisik terkenal James Bond, kemudian Jack Ryan, Jason Bourne, Alex Cross dan yang terbaharu Jack Reacher.

Jack Reacher ialah watak utama yang terdapat dalam novel-novel penyiasatan karya Lee Child. Watak ini akan dibawakan oleh pelakon kacak dan popular Tom Cruise.

Untuk filem berjudul Jack Reacher ini, ia berdasarkan novel berjudul One Shot karya Lee Child. Ia mengisahkan tentang Jack Reacher, seorang bekas polis tentera yang telah dipanggil untuk menyiasat tentang kes tembakan rambang di sebuah bandar. Insiden tersebut telah mengorbankan lima orang dan penembak tersebut disyaki bekas anggota tentera.

Selain daripada Tom Cruise, filem ini turut dibintangi oleh Rosamund Pike, Richard Jenkins, Robert Duvall dan Jai Courtney. Filem ini diarahkan oleh Christopher McQuarrie.

Walaupun watak Jack Reacher ialah bekas tentera Amerika Syarikat namun pencipta watak tersebut iaitu Lee Child ialah seorang warganegara Great Britain. Nama sebenarnya ialah Jim Grant.

Tiada ulasan: