Rabu, 4 Julai 2012

Bawa anak perempuan kau kepada si penyembelih!

Begitulah 'direct translation' kepada judul lagu dendangan kumpulan Iron Maiden iaitu Bring Your Daughter to the Slaughter yang dimuatkan di dalam album mereka yang ke-8, No Prayer for the Dying.

Lagu ini asalnya dinyanyikan secara solo oleh vokalis kumpulan ini, Bruce Dickinson dan dijadikan runut bunyi untuk filem seram Nightmare on Elm Street 5: The Dream Child. Entah di mana silapnya, lagu ini telah memenangi anugerah Worst Original Song (Lagu Original Terburuk) dalam Golden Raspberry Award pada tahun 1989.

Lagu itu kemudiannya dirakam semula oleh Iron Maiden dan menduduki carta nombor satu di UK dan Finland.

Tiada ulasan: