Jumaat, 29 Jun 2012

Dua filem Quentin Tarantino menampilkan wira kulit hitam

Mungkin tidak mahu dianggap rasis maka dua buah filem terbitan Quentin Tarantino iaitu Django Unchained dan The Man with the Iron Fists menampilkan wira berkulit hitam.

Filem Django Unchained bergenre Spaghetti Western menampilkan Jamie Foxx membawakan watak utama iaitu seorang abdi berkulit hitam bernama Django. Django kemudian dibebaskan oleh seorang pemburu penjenayah bernama Dr. King Schultz yang memburu kumpulan penenayah kejam iaitu Brittle Brothers. Selain daripada Jamie Foxx filem ini dibintangi oleh Leonardo DiCaprio, Christoph Waltz, Kerry Washington, Samuel L. Jackson dan penyanyi hip-hop RZA. Filem ini diarahkan oleh Quentin Tarantino sendiri.

Filem The Man with the Iron Fists pula ialah sebuah filem kung-fu yang diarahkan oleh penyanyi hip-hop RZA yang mengisahkan tentang seorang tukang besi sewaktu zaman feudal di China yang harus menyelamatkan kampungnya dari cengkaman penjenayah yang kejam. Antara pelakon yang membintangi filem ini ialah RZA, Russell Crowe, Chung Le, Lucy Liu, Daniel Wu dan bekas ahli gusti WWE David Bautista. Saksikan trailer kedua-dua filem ini di bawah.



TRAILER THE MAN WITH THE IRON FISTS




TRAILER DJANGO UNCHAINED

Tiada ulasan: