Isnin, 16 Julai 2012

Puasa dan godaan The Dark Knight Rises

Insya Allah kita akan menyambut 1 Ramadan pada 20 Julai ini manakala filem The Dark Knight Rises yang merupakan siri terakhir Batman arahan Christopher Nolan akan ditayangkan pada 19 Julai. Aku pasti ramai yang akan berpusu-pusu ke pawagam pada malam 20 Julai untuk menonton filem tersebut dan meninggalkan solat sunat tarawikh. Pilihan di tangan anda, filem The Dark Knight Rises boleh ditonton kemudian apabila dikeluarkan dalam format DVD dan VCD manakala solat sunat tarawikh hanya dapat dilakukan ketika Ramadan.

Selamat menyambut Ramadan al-Mubarak, maaf zahir dan batin.

* Imej daripada yugo21.blogspot.com

Tiada ulasan: