Rabu, 13 Jun 2012

Rockers, you all kena tengok filem ni!

Jika Mamat Khalid mengembalikan nostalgia rock tahun 80'an menerusi filem Rock! dan sinambungannya Rock Oooooo!!, tonton juga filem Rock of Ages arahan Adam Shankman dan diterbitkan oleh Tobey Maguire (Spider-Man) yang turut mengutarakan latar masa zaman kegilaan rock tahun 80'an.

Tambah menarik lagi kerana dalam filem ini anda akan melihat aksi Tom Cruise sebagai penyanyi rock bernama Stacee Jaxx. Beliau turut menyumbangkan suaranya untuk soundtrack filem ini dengan lagu rock popular 80'an seperti Paradise City (Guns 'n' Roses), Pour Some Sugar on Me (Def Leppard), Wanted Dead or Alive (Bon Jovi), I Want to Know What Love Is (Foreigner), Here I Go Again (Whitesnake), Every Rose Has Its Thorn (Poison), Rock You Like a Hurricane (Scorpions) dan Don't Stop Believin' (Journey).

Selain Tom Cruise, pelakon-pelakon lain juga turut menyumbangkan suara antaranya seperti penyanyi r&b Mary J. Blige, Russell Brand, Alec Baldwin, Catherine Zeta-Jones dan Julianne Hough.

Filem ini dijangka akan ditayangkan di Malaysia pada 16 Ogos 2012. Boleh tonton sewaktu Hari Raya Aidilfitri.

TRAILER ROCK OF AGES

2 ulasan:

AkuC.gis berkata...

Gua suka lu punya blog...

zulazahari berkata...

AkuC.gis,

Tq, gua pun suka lu punya blog.