Cromok merupakan sebuah kumpulan heavy metal berbahasa Inggeris Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1986 (praCromok) sebagai memenuhi masa lapang dengan Ji atau nama sebenarnya Nik Ramzee dan Denan (Che Adnan) sebagai dua anggota terawalnya.
Apabila Miji dan Mat Puck atau nama sebenarnya Muhammad Fadhil menyertai Cromok mereka menjadi lebih serius lalu menamakan kumpulan mereka Cromok pada tahun 1987.
Namun apabila ia ditubuhkan secara rasminya, ahlinya terdiri daripada Sam (vocal/bass), Din (vocal/gitar), Karl (gitar) dan Miji (dram). Mereka merupakan empat orang pelajar Malaysia yang menuntut di University of Wollongong di Sydney, Australia.
Sekembali ke Malaysia, tiga daripada mereka kecuali Din yang masih belum tamat pengajian telah menandatangani perjanjian dengan Valentine Sound Productions (VSP) dan mereka muncul dengan album sulung berjudul Image of Purity yang dirakamkan sewaktu mereka masih berada di Australia.
Walaupun peminat muzik tanah air masih janggal dengan lahirnya sebuah band yang berkonsepkan heavy dan thrash metal, album tersebut mendapat sambutan menggalakkan sehingga terjual lebih 70,000 unit.
Lagu Metallurgical yang menggabungkan intro lagu tradisional Ulek Mayang menjadi lagu paling menarik dan digilai peminat ketika itu.
Pada tahun 1993, Cromok menyertai EMI Records bagi mengembangkan sayap mereka. Berjudul Forever in Time merupakan album paling berjaya Cromok dan terjual melebihi 100,000 unit. Album tersebut disifatkan lebih kepada metal kemelayuan.
Cromok seterusnya mengeluarkan album Yours Truly pada tahun 1996, Mean, Meaner, Meanest (1999), penerbitan semula Image of Purity (2000), What's Left (2000), Deafening Silence (2002), Engrave in Eternity (2003), Untitled (2004), Untitled + Raw (2005) dan The Great: Metal Manifest (2006).
Namun, pada tahun 2001 dengan rasminya Karl telah menarik diri daripada menganggotai Cromok atas masalah kerjaya dan keluarga.
Pengganti Karl pula bukan calang-calang gitaris iaitu Hillary Ang yang mempunyai pengalaman bertahun-tahun dalam muzik.
Hillary pernah menyertai kumpulan rock Search dan menjadi pemuzik undangan bagi artis ternama yang lain.
Hillary sebenarnya telah bekerjasama dengan Cromok sejak album Mean, Meaner, Meanest.
Namun pada hujung tahun 2006, Hillary kembali menyertai Search.
-Kosmo!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan