Rabu, 13 Jun 2012

Cicak-Man 3 tanpa Yusri KRU dan Saiful Apek

Aku tak pernah membenci filem Cicak Man sebenarnya kerana aku tahu ia hanya sebuah spoof untuk filem-filem adiwira Hollywood. Pada mulanya aku berharap biarlah Cicak Man tiada kesinambungan, namun muncul juga Cicak Man 2.

Filem Cicak Man 2 begitu mengecewakan aku kerana aku rasa pembikinan filem ini seolah-olah dalam keadaan tergesa-gesa (banyak loopholes dalam filem ini) meskipun ada beberapa adegan dalam filem ini yang aku suka (seperti adegan pertarungan Cicak Man dan Rrama di dalam gua).

Dan kini sedang hangat ditulis di blog-blog adalah tentang filem Cicak Man 3 yang sedang dalam proses untuk pembikinan dan dikatakan akan dikeluarkan dalam format 3D.

Juga yang menarik Saiful Apek tidak akan kembali sebagai Cicak Man sebaliknya akan digantikan dengan pelakon komedi yang sedang meningkat naik kini iaitu Zizan (Raja Lawak, Melodi) manakala Yusri KRU juga tidak akan kembali sebagai pengarah filem ini dan akan digantikan oleh seorang pengarah yang masih belum diumumkan namanya (ada khabar angin mengatakan Afdlin Shauki, ada juga mengatakan Edry KRU, siapa dia kita tunggu aje lah).

Zizan sebelum ini pernah melakonkan watak sebagai adiwira di dalam filem Kapoww: Atoi the Ajaib Boy arahan Azizi Chunk.

Turut dikhabarkan akan membintangi filem ini ialah Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 iaitu Aaron Aziz. Apakah watak yang akan dibawakan oleh Aaron Aziz dalam filem ini masih belum diketahui, mungkinkah sebagai antagonis?

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

dorg patutnya buat concept mcm based on real life cm the dark knight, n the amazing spiderman. movie scores pn ptutnya guna orchestral sounds je. x perlu kot lgu tema merepek2. senang kata, aku just harap dorg dpt redo the movie n make it a bit darker.

zulazahari berkata...

Tanpa nama,

Yup, agree with U.

Needa Hani berkata...

zizan! yes please!!!!