Selasa, 26 Jun 2012

Kisah Alex Cross

Dr. Alex Cross, watak seorang pakar psikologi yang juga seorang detektif dan ejen FBI di dalam novel-novel penyiasatan karya James Patterson.

Dua buah novel yang menampilkan Alex Cross sebagai protagonis telah diadaptasi kepada filem iaitu Kiss the Girls dan Along Came a Spider. Di dalam filem tersebut watak Alex Cross telah dilakonkan oleh Morgan Freeman.

Filem ketiga yang menampilkan Alex Cross diadaptasi daripada novel James Patterson berjudul Cross. Difahamkan bahawa filem Alex Cross adalah reboot kepada dua buah filem yang menampilkan watak Alex Cross sebelum ini.

Dalam filem Alex Cross, pelakon Tyler Perry akan memegang watak utama. Plot filem ini mengisahkan bahawa Alex Cross akan berhadapan dengan seorang pembunuh kejam yang telah membunuh isterinya.

Antara pelakon lain yang membintangi filem ini ialah Rachel Nichols, Matthew Fox, Jean Reno dan Giancarlo Esposito. Filem ini diarahkan oleh Rob Cohen (The Fast and the Furious).

1 ulasan:

OrAng_PeRLiS_mEnULiS berkata...

filem ni menyedihkan...
review aku di sini...
http://adf.ly/G7ihk