Rabu, 27 Jun 2012

Anda fikir John McClane sudah mati, dia memang susah mati!!

Sinambungan kepada francais filem Die Hard sedang dalam pembikinan di mana pelakon Bruce Willis masih memegang watak utama sebagai anggota polis bernama John McClane. Kali ini ia diberi judul A Good Day to Die Hard.

Kali ini situasi yang berlaku bukan lagi di dalam Amerika Syarikat sebaliknya di Russia. Kali ini John McClane akan mematahkan cubaan membunuh Presiden Amerika Syarikat yang melawat Russia.

Antara pelakon lain yang dijangka membintangi filem ini ialah Patrick Stewart yang terkenal sebagai Captain Jean-Luc Picard di dalam siri Star Trek akan membawakan watak antagonis iaitu seorang Jeneral Russia yang merancang pembunuhan Presiden Amerika Syarikat.

Manakala pelakon Jai Courtney yang membawakan watak Varro di dalam siri Spartacus: Blood and Sand akan memegang watak John "Jack" McClane Jr. iaitu anak lelaki John McClane.

Pelakon lain yang telah ditetapkan ialah Cole Hauser (2 Fast 2 Furious), Sebastian Koch (Unknown), Yuliya Snigir (The Inhabited Island) dan Amaury Nolasco (siri TV Prison Break).

Filem ini akan diarahkan oleh John Moore (Max Payne).

Tiada ulasan: