Rabu, 30 Mei 2012

You Got Mail!!

PERHATIAN!!!

buka komputer/laptop anda
pada "Local Disk (c) ,
THEN "Program Files"
or
"Program Files(x86)"
THEN "Microsoft Office"
THEN "Media"
THEN "CAGCAT10"'
cari gambar no "J0285926" dan klik.
Anda akan jumpa gambar Lambang/
Bendera ZIONIS, ISRAEL. Lengkap (sama dengan warna aslinya) dangan lilin (sarana ibadah
mereka).
DELETE pic itu!!

Untuk pengetahuan anda ,
gambar tersebut ada di seluruh PC dan LAPTOP.
Sebarkan kepada semua saudara islam!! CARI sampai
JUMPA!!


Heheheh.....itulah kandungan e-mail yang aku terima. Aku ucapkan terima kasih kepada pengirim tersebut yang telah bersusah-payah mengorbankan masa berkualitinya semata-mata untuk mengirim e-mail ini.

Sebenarnya apa yang dimaksudkan oleh pengirim itu ialah lambang hari Hannukah iaitu sebuah perayaan kaum Yahudi yang biasanya disambut pada 25 Disember (bersamaan Hari Krismas bagi penganut Kristian).

Gambar tersebut memang disertakan di dalam Microsoft Office sebagai melambangkan ikon perayaan untuk tujuan kiriman di dalam e-mail atau sebagai clip-art untuk Power Point. Ia turut disertakan bersama ikon-ikon lain seperti komputer, spanar dan sebagainya yang bertujuan untuk dijadikan clip-art.

Itu sahaja, aku yakin ia bukanlah bertujuan untuk menyebarkan fahaman Freemason atau Illuminati atau New World Order atau apa saja yang boleh menyesatkan umat Islam, dan aku rasa jika dibiarkan sahaja imej itu di dalam PC ia tidak akan mendatangkan kesan apa-apa.

Janganlah paranoid sangat.

1 ulasan:

Skudal berkata...

hehehe...aku pun terbabit delete benda alah ni...last aku check balik... semua agama ada....tak kan nak delete semua?