Selasa, 29 Mei 2012

Filem thriller lakonan Dolph Lundgren

Apabila mengetahui bahawa Dolph Lundgren akan membintangi sebuah filem terbitan After Dark, aku membayangkan bahawa bintang aksi sezaman Jean Claude Van Damme itu akan membintangi sebuah filem seram, bagaimanapun jangkaan aku silap.

Sebaliknya Dolph Lundgren akan membintangi sebuah filem aksi berjudul Stash House namun masih mempunyai sentuhan ganas daripada After Dark.

After Dark kini telah menubuhkan After Dark Action di mana ia akan menerbitkan dan mengedar filem-filem bercorak aksi. Sebelum ini After Dark hanya menerbitkan filem-filem bergenre seram.

Antara filem-filem keluaran After Dark Action selain Stash House ialah Dragon Eyes, El Gringo, Philly Kid dan Transit.

Berbalik kepada filem Stash House, ia mengisahkan sepasang suami isteri yang telah membeli sebuah rumah tanpa mengetahui latar belakang rumah tersebut. Suatu hari mereka bermalam di rumah itu dan terkejut apabila menjumpai banyak dadah disembunyikan di sebalik dinding rumah. Sebaik sahaja mereka mahu meninggalkan rumah tersebut, mereka telah didatangi dua orang lelaki yang merupakan jiran mereka. Rupanya kedua-dua lelaki tersebut ialah anggota sindiket dadah antarabangsa dan rumah tersebut adalah markas operasi mereka.

Filem ini diarahkan oleh pengarah filem warga Venezuela, Eduardo Rodriguez dan selain Dolph Lundgren filem ini dibintangi oleh Briana Evigan, Sean Faris dan Jon Huertas.

Tiada ulasan: