Selasa, 29 Mei 2012

Sinambungan

RED 2 (sekuel kepada filem RED [2010])

Sinambungan kepada filem yang diadaptasi daripada komik ini sedang dalam proses untuk penggambaran. Filem ini mungkin akan diarahkan oleh Dean Parisot (Fun With Dick and Jane) dan akan mengekalkan bintang utama filem ini iaitu Bruce Willis, Mary Louise Parker, John Malkovich dan Helen Mirren manakala barisan pelakon baharu yang akan membintangi filem ini ialah Catherine Zeta-Jones, Byung-hun Lee dan Anthony Hopkins. Anthony Hopkins akan membawakan watak seorang saintis yang bijak tetapi dikurung di sebuah pusat rawatan mental, hmmm, macam pernah tengok je beliau bawakan watak ni, ingat Hannibal, Silence of the Lamb?



THOR 2 (sekuel kepada filem Thor [2011])

Sinambungan kepada filem adiwira Marvel Comics dan fasa 2 kepada sinambungan filem The Avengers (2012) yang akan fokus kepada hubungan adik-beradik dan permusuhan antara Thor dan Loki sementara musuh yang baharu akan diperkenalkan dalam filem ini. Filem ini akan diarahkan oleh Alan Taylor dan mengekalkan pelakon asal seperti Chris Hemsworth, Natalie Portman, Tom Hiddleston, Anthony Hopkins, Idris Elba, Ray Stevenson dan Mads Mikkelsen.




MACHETE KILLS (sekuel kepada filem Machete [2010])

Sinambungan kepada filem Machete arahan Robert Rodriguez. Machete Kills juga akan diarahkan oleh Robert Rodriguez dan mengekalkan pelakon asal iaitu Danny Trejo, Jessica Alba dan Michelle Rodriguez manakala pelakon baharu yang akan membintangi filem ini ialah Demián Bichir, Amber Heard dan Mel Gibson.




SIN CITY: A DAME TO KILL FOR (sekuel kepada filem Sin City [2005])

Sinambungan kepada filem Sin City arahan Robert Rodriguez. Setakat ini berita mengatakan bahawa Robert Rodriguez akan mengarahkan filem ini namun mungkin akan diarahkan oleh pengarah lain seandainya terdapat percanggahan dengan jadual untuk penggambaran filem Machete Kills. Filem yang diadaptasi daripada novel grafik karya Frank Miller akan dibintangi oleh Mickey Rourke, Rosario Dawson, Jessica Alba, Michael Madsen dan Clive Owen.




THE HUNGER GAMES 2: CATCHING FIRE (sekuel kepada filem The Hunger Games [2012])

Sinambungan kepada filem yang diadaptasi daripada novel karya Suzanne Collins. Buat masa ini pengarah filem I Am Legend dan Water for Elephants iaitu Francis Lawrence telah diberitakan akan mengarah filem sekuel ini. Setakat ini masih belum diberitahu siapakah barisan pelakon yang akan membintangi filem ini.

Tiada ulasan: