Khamis, 24 Mei 2012

RoboCop menjadi Batman dalam The Dark Knight Returns


Sementara menunggu filem The Dark Knight Rises ditayangkan di pawagam, berita yang baharu dihebahkan ialah pihak Warner Bros. dan DC Comics sedang membikin sebuah filem animasi yang diadaptasi daripada komik The Dark Knight Returns karya Frank Miller.

Peter Weller yang dikenali sebagai Alex Murphy di dalam filem RoboCop (1987) akan melantunkan suara sebagai watak Bruce Wayne/Batman di dalam filem ini.

Pelakon lain yang terlibat ialah David Selby (Prison Break) yang melantunkan suara sebagai Harvey Dent/Two Face, Ariel Winter sebagai Carrie/Robin dan pelakon komedi Michael McKean sebagai Dr. Wolper.

Setakat ini masih belum diketahui siapakah yang akan melantunkan suara untuk watak The Joker dan juga Superman.

Filem animasi ini diarahkan oleh Jay Olivia, penulis storyboard untuk filem Man of Steel.

Sementara itu sebuah filem animasi Superman berjudul Superman vs The Elite akan diedarkan melalui video bulan Jun ini.

Filem animasi yang diadaptasi daripada komik What So Funny About Truth, Justice and the American Way? karya Joe Kelly. Filem ini diarahkan oleh Michael Chang.

Ia mengisahkan sekumpulan adiwira dikenali sebagai The Elite yang diketuai oleh adiwira British bernama Manchester Black telah berjaya mengekang kejadian jenayah di seluruh dunia.

Bagaimanapun, tindakan mereka yangn agak agresif termasuk membunuh para penjenayah telah menimbulkan rasa kurang senang kepada Superman yang lebih mengikut etika dan tidak pernah meragut nyawa musuh-musuhnya.

Keadaan menjadi semakin buruk apabila kumpulan The Elite turut menentang pasukan keselamatan maka ia menjadi isyarat kepada Superman untuk menghentikan kegiatan The Elite.

Pelakon George Newbern akan melantunkan suara untuk watak Superman manakala Pauley Perrette (Abby Sciuto dalam siri TV NCIS) sebagai Lois Lane.

Tiada ulasan: