Khamis, 24 Mei 2012

Penguasa Gordon akan bina semula Robocop

Antara filem yang temasuk dalam senarai pembikinan semula ialah RoboCop, yang bakal diarahkan oleh pengarah filem warga Brazil, José Padilha. José Padilha dikenali dengan filemnya iaitu The Elite Squad.

Watak Alex Murphy/RoboCop dijangka akan dilakonkan oleh Joel Kinnaman yang pernah membintangi filem The Darkest Hour, The Girl with the Dragon Tattoo dan Safe House manakala Gary Oldman yang melakonkan watak Penguasa Gordon dalam filem Batman Begins, The Dark Knight dan The Dark Knight Rises akan membawakan watak Norton, saintis yang membina RoboCop.

Perbezaan antara filem RoboCop yang dibikin semula dengan filem RoboCop asal yang dikeluarkan pada tahun 1987 ialah kemungkinan besar organisasi bernama OCP (Omni Consumer Products) yang membiayai pembinaan RoboCop ditiadakan.

Filem RoboCop dijangka akan ditayangkan pada umum pertengahan atau penghujung tahun 2013.

Tiada ulasan: