Rabu, 23 Mei 2012

Sinambungan Mad Max, setelah 27 tahun dan bukan lagi Mel Gibson


Filem Mad Max Beyond Thunderdome dikeluarkan pada tahun 1985 dan ramai menyangka bahawa itulah filem Mad Max yang terakhir.

Namun berita yang baharu dihebahkan bahawa sinambungan Mad Max akan menemui penonton (rasanya peminat-peminat Mad Max lakonan Mel Gibson semua dah tua-tua) tidak lama lagi.

Watak wira jalanan itu tidak lagi dilakonkan oleh Mel Gibson sebaliknya akan dilakonkan oleh Tom Hardy (melakonkan watak Bane dalam filem The Dark Knight Rises).

Turut berlakon dalam filem ini ialah Charlize Theron.

Sinambungan Mad Max itu berjudul Mad Max: Fury Road dan akan diarahkan oleh George Miller.

Tiada ulasan: