Khamis, 31 Mei 2012

Poster menarik filem Sinister

Sinister ialah judul filem seram terbaharu arahan Scott Derrickson (The Exorcism of Emily Rose) dan dibintangi oleh Ethan Hawke.

Ia mengisahkan tentang seorang penulis novel misteri telah berpindah ke sebuah rumah baharu bersama keluarganya. Dia kemudian terjumpa beberapa pita video di rumah tersebut dan mendapati ia ada kaitan dengan kes pembunuhan yang berlaku di rumah itu beberapa tahun dahulu. Dia kemudian menjadikan pita video itu sebagai subjek untuk karyanya bagaimanapun penemuannya itu bakal menjadikan dirinya dan keluarganya diancam oleh suatu entiti.

Lihat poster menarik filem ini di bawah (kalau boleh lihatlah waktu tengah malam berseorangan di dalam gelap, baru lebih 'feel').

Tiada ulasan: