Jumaat, 1 Jun 2012

Cinta, komedi dan seram digabungkan dalam Spellbound

Spellbound ataupun dikenali juga dengan judul Chilling Romance ialah sebuah filem keluaran Korea Selatan.

Menariknya tentang filem ini ialah ia menggabungkan tiga elemen di dalam satu filem iaitu elemen romantik, elemen komedi dan elemen seram.

Jadi di saat anda sedang menangis ataupun terpesona akibat menonton adegan sedih ataupun romantik, di saat anda sedang ketawa berdekah-dekah akibat adegan komedi di saat itu juga anda menjerit ketakutan terlihat imej hantu.

Ia mengisahkan tentang seorang ahli silap mata jalanan bernama Jo Goo yang telah terlihat seorang gadis yang berwajah muram ketika menonton persembahan silap matanya. Jo Goo kemudian mengetahui gadis itu bernama Yu Ri yang mempunyai kebolehan melihat hantu. Jo Goo menyamar sebagai penghalau hantu dengan tujuan untuk berkenalan dengan Yeo Ri.

Jo Goo kemudian mendapat idea untuk persembahan silap matanya iaitu mengadakan suatu persembahan silap mata dengan unsur-unsur ngeri dan mistik. Jo Goo mengambil Yu Ri sebagai pembantunya. Lama-kelamaan hubungan mereka bukan setakat rakan biasa tetapi mula berkembang menjadi pasangan kekasih.

Yu Ri menceritakan kepada Jo Goo bahawa hantu yang sering dilihatnya ialah hantu kawan rapatnya sendiri yang mati akibat kemalangan jalan raya. Yu Ri juga memberitahu bahawa hantu tersebut tidak senang dengan hubungan cintanya bersama Jo Goo.

Filem ini diarahkan oleh Hwang In-ho dan dibintangi oleh Son Ye-jin dan Lee Min-ki.

Tiada ulasan: