Rabu, 2 Mei 2012

Nightmare on Elm Street berdasarkan kisah benar


Bukan! Freddy Krueger memang tidak wujud dan hanyalah watak fiksyen rekaan Wes Craven. Namun, kisah orang yang mati akibat mimpi ngeri memang wujud.

Pada tahun 1970, pelarian Kemboja yang sampai ke Amerika Syarikat melaporkan bahawa mereka mengalami mimpi ngeri. Mimpi ngeri tersebut berkemungkinan daripada pengalaman ngeri yang mereka tempuhi sewaktu berada di kem tahanan Khmer Rouge. Mimpi tersebut terus menghantui mereka sehingga ada yang meninggal dunia. Ramai juga yang enggan tidur kerana khuatir mendapat mimpi tersebut.

Fenomena itu menyerang mereka yang berusia dalam lingkungan 19 ke 57 tahun. Ia digelar Asian Death Syndrome. Walaupun tidak diketahui punca kematian mereka, namun mereka dipercayai mati akibat serangan jantung sewaktu mereka tidur.


Wes Craven (gambar), pengarah dan penulis cerita Nightmare on Elm Street telah mengambil konsep kematian disebabkan mimpi ngeri sebagai konsep untuk cerita itu. Wes Craven juga obses dengan lagu Dream Weaver nyanyian Gary Wright malahan menggunakan intro lagu tersebut sebagai muzik tema untuk filem Nightmare on Elm Street.

sumber: Wikipedia.

Tiada ulasan: