Isnin, 30 April 2012

Poltergeist, dari Spielberg ke Sam Raimi

Dengarnya, Sam Raimi, pengarah filem Evil Dead dan Spider-Man berhasrat untuk membikin semula filem seram popular tahun 1982, Poltergeist yang diarahkan oleh Tobe Hooper dan diterbitkan oleh Steven Spielberg.

Filem Poltergeist merupakan antara filem seram yang pernah menimbulkan fenomena suatu masa dahulu seperti juga Rosemary's Baby, Evil Dead, The Exorcist, The Omen, The Shining dan The Ring. Poltergeist juga dikaitkan dengan sumpahan di mana kebanyakan para pelakonnya akan menemui ajal dan kemalangan yang mengerikan.

 Seperti filem asalnya, filem Poltergeist versi Sam Raimi juga akan memfokuskan kepada sebuah keluarga yang berpindah ke sebuah rumah tanpa mengetahui akan asal usul tapak rumah tersebut dibina.

Heather Rourke yang membawakan watak utama sebagai Carol Anne meninggal dunia ketika berusia 12 tahun, dikatakan terkena sumpahan filem Poltergeist.

Kemudian beberapa peristiwa ganjil dan menyeramkan telah berlaku.

Memandangkan kepada potensi Sam Raimi mengarah dan menerbitkan filem-filem seram seperti Evil Dead, Army of Darkness dan Drag Me To Hell, rasanya Sam Raimi mampu membikin semula filem Poltergeist tanpa merosakkannya, malahan mungkin akan menjadikannya lebih seram daripada filem asal.

Tiada ulasan: