Rabu, 9 Mei 2012

Iron Man bahagian ketiga

Rebecca Hall (gambar), aktres British yang membintangi filem The Town arahan Ben Affleck sedang dalam perbincangan untuk membintangi bahagian ketiga filem adiwira Marvel Iron Man.

Rebecca Hall ditawarkan watak sebagai Maya Hansen, seorang saintis dan kawan lama kepada Tony Stark. Maya memerlukan bantuan Tony apabila seorang kawannya iaitu Aldrich Killian (desas-desus mengatakan pelakon Guy Pearce akan melakonkan watak ini) terlibat dengan kumpulan pengganas dan menggunakan senjata terbaharu ciptaannya.

Pelakon hebat Sir Ben Kingsley (Ghandi) melakonkan watak sebagai ketua organisasi pengganas (masih belum diberitahu nama watak yang dilakonkan oleh Sir Ben Kingsley tetapi ramai yang mengatakan beliau akan melakonkan watak Mandarin).

Robert Downey Jr. akan kembali melakonkan watak Tony Stark/Iron Man begitu juga pelakon Gwyneth Paltrow akan melakonkan watak Pepper Potts, teman wanita dan juga rakan perniagaan Tony Stark.

Don Cheadle juga kembali melakonkan watak James Rhodes, sahabat kepada Tony Stark dan juga pengendali perisai dikenali sebagai War Machine.

Filem ini akan ditulis dan diarahkan oleh Shane Black yang dikenali dengan siri filem Lethal Weapon. Jalan cerita Iron Man 3 diadaptasi daripada komik Iron Man yang berjudul Extremis karya Warren Ellis.

sumber: The Hollywood Reporter

Tiada ulasan: