Isnin, 7 Mei 2012

Apa yang anda perlu tahu tentang Star Wars


Nama asal untuk filem Star Wars ialah The Adventures of Starkiller, Episode I: The Star Wars. Draf untuk skrip filem ini dimulakan pada tahun 1974 dan disiapkan pada awal tahun 1975. Judul filem ini kemudian ditukar kepada The Adventures of Luke Starkiller, Episode I: The Star Wars. Judul tersebut disingkatkan menjadi Star Wars dan nama Luke Starkiller kemudian ditukar kepada Luke Skywalker.


Tiga orang aktor berlainan membawakan watak Darth Vader. James Earl Jones melantunkan suaranya untuk suara Darth Vader manakala David Prowse melakonkan watak Darth Vader sewaktu bertopeng. Sebastian Shaw melakonkan watak sewaktu Darth Vader membuka topeng dalam filem Return of the Jedi.





Di antara tahun 1978 dan 1986, 250 juta patung aksi Star Wars telah berjaya dijual.






George Lucas, penerbit dan pengarah kesemua filem Star Wars telah membuka syarikat kesan khasnya sendiri bernama Industrial Light and Magic apabila studio kesan khas di 20th Century Fox ditutup. Industrial Light and Magic pada mulanya hanyalah membikin dan menyediakan kesan khas untuk filem-filem terbitan Lucasfilm sahaja bagaimanapun khidmat syarikat ini kemudiannya digunakan oleh filem-filem terbitan syarikat lain antaranya seperti Star Trek II: The Wrath of Khan, Terminator 2: Judgement Day, Death Becomes Her, Pirates of the Carribean dan beberapa filem lagi.






Suara pelakon Frank Oz digunakan untuk suara Yoda. Frank Oz juga melantunkan suara untuk watak Miss Piggy di dalam rancangan Sesame Street.



Untuk menghasilkan dengusan nafas Darth Vader, alat pelaras skuba (scuba regulator) telah digunakan.


10 orang pemain puppet telah digunakan untuk mengendalikan watak Jabba the Hut.





George Lucas pernah didiagnos menghidap hipertensi dan kelesuan akibat pembikinan filem Star Wars.



Watak Han Solo adalah berdasarkan kepada Francis Ford Coppola, rakan baik George Lucas. Watak ini dilakonkan oleh Harisson Ford. Francis Ford Coppola juga adalah seorang pengarah filem yang terkenal. Filemnya yang menjadi sebutan ialah The Godfather.





Setiap episod filem Star Wars lazimnya dikeluarkan pada bulan Mei di Amerika Syarikat, seminggu selepas tarikh lahir George Lucas iaitu 14 Mei.



Komposer muzik John Williams telah memenangi anugerah Oscar untuk skor muzik filem Star Wars. Skor muzik ini kemudiannya dinamakan sebagai Greatest Film Score of All Time.


Sissy Spacek pernah menjalani temuduga untuk watak Princess Leia bagaimanapun dia gagal dan watak itu dibawakan oleh Carrie Fisher. Untuk watak Han Solo beberapa aktor pernah dipilih untuk membawakan watak itu antaranya seperti Kurt Russell, Nick Nolte, Christopher Walken, Al Pacino dan Perry King. Watak itu kemudiannya dilakonkan oleh Harrison Ford.

Chewbacca dan Indiana Jones oleh rabittooth-d45s5eq (rabittooth.deviantart.com)

Watak Chewbacca adalah berdasarkan kepada anjing peliharaan George Lucas yang bernama Indiana. Nama anjing tersebut kemudiannya digunakan untuk satu lagi watak filem terbitan Lucasfilm iaitu Indiana Jones.


Nama puak Ewok diambil berdasar kepada puak Miwok, kaum orang asli yang mendiami hutan Redwood di Amerika Syarikat.


Rekabentuk kapal angkasa Millenium Falcon adalah berdasarkan kepada bentuk burger dengan buah zaitun di kiri kanannya.


Robot R2D2 dinamakan bersempena istilah dalam perfileman iaitu Reel 2, Dialogue 2.


Model-model kapal angkasa dalam filem Star Wars dibuat menggunakan cebisan model kapal terbang dan stoking wanita.

sumber: dari sumber terbuka di internet


Tiada ulasan: