Jumaat, 6 April 2012

Sadako Yamamura kembali


Jika anda menyangka sumpahan Sadako telah pun berakhir, ternyata anda silap kerana gadis yang sering merangkak keluar daripada perigi itu akan kembali, dan kali ini bukan lagi melalui pita video yang disumpah tetapi melalui internet.

Sadako Yamamura, watak hantu di dalam siri filem seram Jepun The Ring akan kembali dengan sinambungan terbaru berjudul Sadako 3D.

Sadako 3D mengisahkan tentang seorang guru bernama Akane telah diberitahu oleh pelajarnya tentang video klip yang disiarkan melalui internet. Video tersebut memaparkan tentang kes bunuh diri dan sesiapa yang menontonnya akan turut membunuh diri.

Akane tidak mempercayai akan cerita tersebut namun apabila seorang pelajarnya membunuh diri, Akane telah menonton video tersebut bersama teman lelakinya. Akibatnya mereka telah melibatkan diri dalam kengerian yang telah dilakukan oleh lelaki yang berada di dalam video klip tersebut iaitu Kashiwada.

Kashiwada bertujuan untuk menimbulkan huru-hara dengan mengembalikan Sadako dan sumpahannya. Sekarang terserah kepada Akane dan teman lelakinya untuk menghalang rancangan jahat Kashiwada dan juga Sadako.

Filem ini akan ditayangkan di Jepun pada 12 Mei.

TRAILER SADAKO 3D

Tiada ulasan: