Isnin, 23 April 2012

Nak tengok zombi berkeliaran di KL, tunggu perhimpunan Bersih yang seterusnya

Setelah Mamat Khalid 'memperkenalkan' filem zombi pertamanya di Malaysia (bolehkah aku katakan filem zombi pertama di Malaysia, rasanya belum ada lagi kot filem zombi tempatan walaupun P. Ramlee pernah memuatkan babak zombi dalam filem 'Pendekar Bujang Lapok' namun belum ada lagi filem zombi di Malaysia sebelum Zombi Kampung Pisang), kini zombi bakal keluar kampung mengunjungi ibu kota Kuala Lumpur.

KL Zombie, sebuah filem bercorak komedi seram terbitan Grand Brilliance dan diarahkan oleh pengarah Wong Ming Jin aka MJ bakal ditayangkan pada tahun 2013. Filem ini diadaptasi daripada novel Zombijaya tulisan Adib Zaini (hmmm, pada novel tersebut ada ditulis berdasarkan cerita asal oleh MJ Woo, mungkinkah MJ Woo dan Wong MJ orang yang sama?).

Antara pelakon yang membintangi filem KL Zombie ialah Zizan (Raja Lawak), Siti Saleha, Zain Ruffedge dan Faezah Elai. Meskipun filem ini diadaptasi daripada novel Zombijaya, namun pengarahnya MJ mengambil inspirasi daripada komik dan siri TV The Walking Dead.

Adakah filem ini akan mencipta fenomena dan trend filem zombi di Malaysia, sama-sama kita tunggu dan lihat.

Tiada ulasan: