Khamis, 26 April 2012

Menular di Internet

Selamat datang ke abad 21 di mana bidang telekomunikasi menjadi semakin canggih sehinggakan bukan sahaja maklumat dapat diakses di internet bahkan hantu!!


Dua buah filem dari Asia Timur mengutarakan tema dan plot yang hampir sama iaitu bagaimana hantu boleh menyerang manusia melalui internet. Filem yang pertama daripada Jepun, Sadako 3D merupakan sinambungan kepada filem seram yang pernah menjadi fenomena suatu masa dahulu iaitu The Ring. Kali ini roh Sadako bukan lagi menyerang dan membunuh mangsanya yang menonton pita video yang disumpahnya tetapi dengan perkembangan teknologi ia akan menyerang mereka yang menonton klip videonya yang disebarkan melalui internet.


Filem yang kedua pula berjudul Don't Click dari Korea Selatan. Juga mengisahkan tentang sumpahan yang menular di Internet. Seorang wartawan bernama Jung Mi cuba untuk membongkar rahsia tentang video klip yang dikenali sebagai 'video terlarang' yang disebarkan di Internet. Menurut cerita yang didengarinya, sesiapa yang memuat turun video klip tersebut dan menontonnya, mangsa akan mengalami beberapa insiden menakutkan sebelum mangsa itu sendiri mati dalam keadaan dahsyat dan mengerikan. Dengan bantuan teman lelakinya, Joon-hyuk, seorang anggota polis bahagian jenayah siber, mereka memuat turun video klip tersebut dengan tujuan untuk membongkar rahsianya dan cuba menyelamatkan nyawa orang lain.



TRAILER SADAKO 3D

TRAILER DON'T CLICK

Tiada ulasan: