Isnin, 30 Januari 2012

Sentuhan masih berbisa


Sungguh tak disangka! Bukan kemenangan Datuk M. Nasir yang aku tak sangka tetapi lagu Awan Nano itu yang tidak aku sangka ciptaannya. Memang lari sungguh lagu ini daripada lagu-lagu lain ciptaan Datuk M. Nasir.

Setelah perginya arwah Loloq, ramai yang menyangka Datuk M. Nasir tidak lagi mencipta lagu-lagu baru, namun kemenangannya di dalam Anugerah Juara Lagu ke-26 semalam membuktikan sentuhannya masih berbisa. Mungkinkah ini merupakan permulaan era kolaborasi Datuk M. Nasir bersama penulis lirik Buddhi Hekayat?

Tahniah diucapkan kepada Datuk M. Nasir, Buddhi Hekayat dan Hafiz atas kemenangan ini.

*Kredit imej Gua.com.my

Tiada ulasan: