Khamis, 2 Februari 2012

Kisah pembunuhan Osama bin Laden akan difilemkan


Lelaki yang dilabelkan sebagai pengganas no. 1 oleh Amerika Syarikat, Osama bin Laden ditakdirkan menemui ajalnya kepada pasukan khas Amerika Syarikat bagaimanapun kematiannya menimbulkan kontroversi berikutan tiada langsung imej mayatnya dipaparkan melalui media kerana dikatakan 'terlalu grafik'.

Begitu juga apabila mayatnya 'disemadikan' di dasar laut, meskipun dikatakan telah disempurnakan secara Islam.

Kematian Osama bin Laden ini telah menimbulkan ilham kepada Kathryn Bigelow untuk mengarahkan sebuah filem tentang pembunuhan ketua Al-Qaeda ini.

Kathryn Bigelow merupakan isteri kepada pengarah filem terkenal James Cameron dan pernah bersaing dengan Cameron untuk anugerah Pengarah Terbaik pada Academy Awards ke-82. Kathryn Bigelow mengarahkan filem The Hurt Locker manakala James Cameron mengarahkan filem Avatar dan kemenangan berpihak kepada Bigelow.

Setakat ini filem yang sedang dalam perancangan tersebut cuma diberikan judul Kill Bin Laden.

Tiada ulasan: