Rabu, 11 Januari 2012

Filem Melayu yang pertama


Filem Melayu yang pertama dihasilkan di Malaysia (ataupun dikenali sebagai Malaya sebelum merdeka) ialah filem Leila Majnun arahan seorang pengarah dari India bernama B.S. Rajhans pada tahun 1933.

Filem ini dikeluarkan oleh Motilal Chemical, sebuah syarikat India yang beroperasi di Singapura pada ketika itu (tidak dapat dipastikan sama ada syarikat ini memang syarikat pengeluar filem ataupun sebuah syarikat pengeluar barangan kimia yang berminat dengan perfileman, ala macam Dr. Rozmey tu).

Penerbitnya pula ialah K.R.S. Chisty, seorang ahli perniagaan India (mungkin juga pemilik syarikat Motilal Chemical).

Barisan pelakon filem Leila Majnun terdiri daripada pelakon-pelakon bangsawan. Boleh dikatakan Leila Majnun sebenarnya adalah bangsawan yang divisualkan ke layar perak. Antara pelakon-pelakon yang membintangi filem ini seperti M. Suki atau dikenali sebagai Pak Suki, Sharif Medan (Pak Malau dalam filem Sri Mersing), Yem yang kemudiannya akan sering muncul dalam filem-filem Melayu era 40'an dan 50'an.

Filem Leila Majun telah mendapat sambutan hangat apabila ditayangkan. Bermula dengan tayangan di Singapura, setelah mendapat sambutan yang menggalakkan filem ini ditayangkan pula ke Pulau Pinang.

Akibat daripada sambutan hangat untuk filem ini, ia telah membuka jalan kepada pasangan adik beradik Run Run dan Run Me Shaw untuk memulakan syarikat perfileman di Malaysia. Mereka telah membuka sebuah studio perfileman di Jalan Ampas dan menerbitkan beberapa buah filem Melayu bagaimanapun operasi mereka terhenti apabila Perang Dunia Kedua meletus.

Setelah tamat Perang Dunia Kedua pada tahun 1945, Run Run Shaw dan Run Me Shaw menyambung kembali pengeluaran filem mereka. Pada tahun 1947, syarikat perfileman dikenali sebagai Shaw Brothers menerbitkan filem mereka berjudul Singapura di Waktu Malam arahan B.S. Rajhans yang dibintangi oleh Siput Sarawak dan Bakhtiar Affendi.

sumber: wikipedia

Tiada ulasan: