Jumaat, 18 November 2011

Ironik Kaulah Segalanya Harimau Malaya


Ok, kali ini aku nak cerita pasal bola. Bukan pasal kemenangan Malaysia ke atas Indonesia semalam, tetapi sesuatu yang menggelikan hati aku sewaktu menonton perlawanan itu.

Aku tak menonton Astro Arena kerana aku bukan pelanggan Astro. Aku tak menonton ulasan perlawanan itu di TV3 kerana aku rasa pengulasnya agak membosankan. Aku menontonnya di TV2 kerana Hj Hasbullah Awang tetap merupakan pengulas sukan terunggul di negara ini selain Dato' Haji Rahim Razali.

Cuma yang melucukan ialah sewaktu 'break' menanti separuh masa kedua, TV2 telah menyiarkan 'tribute' kepada pasukan Malaysia dengan lagu latar Kaulah Segalanya dendangan Ruth Sahanaya. Agak ironik, pasukan kita sedang menentang pasukan Indonesia manakala lagu yang menjadi latar tribute didendangkan oleh penyanyi Indonesia. Sudah tiadakah lagu tempatan lain yang boleh dijadikan lagu latar? Kenapa tidak dimainkan lagu Mentera Semerah Padi oleh Datuk M. Nasir atau lagu lazim untuk menaikkan semangat pasukan Malaysia iaitu Fikirkan Boleh dendangan Metropolitan.

Apa-apapun aku ucapkan tahniah kepada pasukan Malaysia kerana telah menunjukkan permainan yang cemerlang malam tadi.

imej kredit: Utusan Malaysia

2 ulasan:

Dr. Ben berkata...

banyak zat iron sihat untuk kesihatan?

zulazahari berkata...

Hahaha...