Rabu, 23 November 2011

Stairway to Heaven berusia 40 tahun


Siapa yang mengira bahawa lagu berhantu Led Zeppelin (ada juga menggelarnya lagu setan kerana legenda urban backward maskingnya) telah pun berusia 40 tahun. Masih belum terlalu tua. Aku sendiri akan mencapai usia tersebut dalam tiga tahun lagi, insya Allah.

Lagu yang masih menjadi siulan dan inspirasi kepada lagu Fantasia Bulan Madu dendangan kumpulan Search (tak percaya tanya M. Nasir) sebenarnya diilhamkan daripada kisah-kisah fantasi J.R.R. Tolkien (pengarang kisah Lord of the Rings). Boleh dikatakan kebanyakan lagu-lagu Led Zeppelin berinspirasikan karya Tolkien (yang paling ketara ialah The Battle of Evermore).

Ada juga yang menyamakan lagu ini dengan lagu Taurus persembahan kumpulan rock 70'an Spirit (aku belum pernah mendengar lagu ini). Led Zeppelin dikatakan terpengaruh dengan melodi lagu Taurus yang dipersembahkan secara instrumental. Led Zeppelin pernah mengadakan persembahan bersama kumpulan Spirit dua tahun sebelum lagu Stairway to Heaven dikeluarkan.

Lagu Stairway to Heaven juga merupakan lagu rock yang paling banyak dijadikan cover untuk pelbagai jenis genre muzik. Antara artis yang pernah merakamkan lagu ini seperti Mary J. Blige dalam versi R&B, Rodrigo y Gabriela dalam versi Flamenco, Elkie Brooks (pop), Motohiko Hino (jazz), Heart (rock) dan Stanley Jordan (jazz fusion).

sumber: npr music, wikipedia

Tiada ulasan: