Khamis, 20 Oktober 2011

Zombie suka menyerang supermarket


Filem zombi terbaharu, bukan produk US tetapi produk tanah besar China. Barangkali ia merupakan sindiran kepada budaya kapitalis yang semakin menular di China.

Filem berjudul Scary Market yang menampilkan pelakon Athena Chu (pelakon wanita yang sering digandingkan bersama Stephen Chow ketika awal 90'an selain Sandra Ng dan Karen Mok).

Tidak banyak maklumat yang aku perolehi tentang filem ini cuma ia mengisahkan tentang seorang pengurus pasar raya (dilakunkan oleh Athena Chu) menghadapi berbagai masalah untuk menguruskan pasar rayanya. Masalahnya menjadi semakin rumit apabila sejenis wabak telah merebak yang menyebabkan ramai pekerjanya bertukar menjadi zombi. Ini menyebabkan dia terpaksa melakukan apa sahaja demi mempertahankan dirinya dan pasar rayanya daripada dimusnahkan oleh kumpulan zombi tersebut.

Pelakon lain yang membintangi filem ini ialah Cheung Tat-Ming, Li Fei-er dan Liao Jian sementara ia diarahkan oleh Ji Zhao-Xin.

Filem ini akan ditayangkan di China pada 21 Oktober 2011.

1 ulasan:

Dr. Bentara berkata...

tak tau le... kalau versi non western ni, selalunya cerita zombie kureng sikit.