Isnin, 14 November 2011

7 Sifat dalam surah al-Mu'minun ayat 1-9 vs 7 Tabiat Orang Berjaya


Maksud terjemahan Surah al-Mu’minun ayat 1-9

Firman Allah SWT:

“Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, Iaitu mereka yang khusyu' dalam sembahyangnya, Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia, Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu), Dan mereka yang menjaga kehormatannya, -Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya, maka sesungguhnya mereka tidak tercela:- Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas, Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya, Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya.”

7 Sifat dalam surah al-Mu'minun ayat 1 - 9

  1. Khusyuk dalam sembahyang
  2. Menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia
  3. Membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta)
  4. Menjaga kehormatan daripada perbuatan yang tercela
  5. Tidak mengingini sesuatu yang melampaui batas dan dilarang oleh Allah
  6. Menjaga amanah dan janji
  7. Memelihara dan menjaga sembahyang


7 Tabiat Stephen R. Covey

  1. Pro-aktif
  2. Mula dengan menetapkan matlamat
  3. Utamakan yang utama
  4. Fikirkan menang-menang
  5. Dengar dahulu sebelum berkata
  6. Sepadukan usaha
  7. Tajamkan gergaji


Tujuh sifat orang berjaya yang diketengahkan oleh pendakwah Barat itu jauh ketinggalan dari segi kandungan, tujuan serta kesempurnaan berbanding dengan apa yang disebutkan Allah dalam surah al-Mu’minun ayat 1-9. Bukankah tujuh sifat yang digariskan Allah jauh lebih bererti daripada tujuh sifat yang diceritakan oleh pendakwah Barat tersebut? Betapa dua daripada tujuh sifat yang disebutkan Allah, ialah solat. Solat ialah mercu tanda kepada sifat-sifat orang berjaya yang disebutkan-Nya. Dalam ketujuh-tujuh sifat yang terdapat dalam buku karya pendakwah Barat itu tidak menyebut tentang perlunya manusia tunduk kepada kekuasaan Allah. Nah, cakap manusia atau cakap Allah yang hendak kita pakai? – Petikan daripada novel Daun karya Malim Ghozali PK terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka

Tiada ulasan: