Rabu, 10 Ogos 2011

Aku yakin filem ini best!


Aku sudah mula merasakan akan kebangkitan filem-filem Melayu, terutamanya filem-filem yang diarahkan oleh pengarah muda dengan semangat dan gaya yang ranggi, teringat kepada filem-filem arahan Rahim Razali dan Nasir Jani dahulu.

Terbaharu yang akan menjengah pawagam ialah sebuah filem terbitan Grand Brilliance dan Red Films berjudul Songlap yang dibintangi oleh dua orang pelakon serba boleh, Shaheizy Sam dan Syafie Naswip.

Menceritakan kisah tentang dua orang pemuda yang secara tidak langsung terlibat dengan aktiviti jenayah di kotaraya Kuala Lumpur. Filem ini turut menampilkan beberapa pelakon lain yang tidak kurang hebatnya seperti Sarah Ali, Omar Abdullah, Rozie Rashid, Normah Damanhuri, Hasnul Rahmat, Rashidi Ishak, Fauzi Nawawi dan Lisdawati.

TRAILER FILEM SONGLAP


Tiada ulasan: