Khamis, 4 Ogos 2011

Judul-judul filem terbitan Pixar dalam Toy Story


Jika anda perhatikan secara teliti judul-judul buku yang terdapat pada rak buku dalam filem Toy Story, anda akan dapati bahawa judul-judul tersebut adalah judul-judul sebenar filem yang diterbitkan oleh Pixar, produksi yang menerbitkan filem animasi Toy Story.

Judul-judul tersebut ialah:

The Adventures of André and Wally B, filem animasi pendek pertama yang diterbitkan oleh Pixar pada tahun 1984.

Red's Dream, filem animasi pendek terbitan Pixar pada tahun 1987.

Tin Toy (1988), filem CGI pertama yang telah memenangi anugerah Filem Animasi Pendek Terbaik di Academy Awards, juga merupakan Oscar yang pertama bagi Pixar.

Knick Knack (1989), filem animasi yang ditayangkan sempena pelancaran filem Finding Nemo.

sumber: IMDb

1 ulasan:

Dr. Bentara berkata...

macam cover album IRON MAiden... ada yang tersirat.