Jumaat, 15 Julai 2011

Protokol hantu


Harap-harapnya filem ini memuaskan hati aku.

Tom Cruise kembali melakonkan watak ejen IMF Ethan Hunt untuk siri keempat filem Mission: Impossible. Kali ini diberi judul Mission: Impossible - Ghost Protocol.

Wow! Kali ini ejen IMF akan berlawan dengan hantu ke?

Ghost Protocol sebenarnya adalah nama kod untuk operasi yang akan dilaksanakan oleh Ethan Hunt dan pasukan IMF nya kali ini.

Selain Tom Cruise pelakon lain yang membintangi filem ini ialah Ving Rhames, Josh Holloway, Simon Pegg, Paula Patton dan Anil Kapoor (aku lebih suka Anil Kapoor daripada SRK).

Filem ini diarahkan oleh pengarah yang terkenal dengan filem-filem animasi iaitu Brad Bird dan diterbitkan oleh J.J. Abrams, Bryan Burk dan Tom Cruise sendiri.

Oh ya, lagu tema filem ini dinyanyikan oleh Eminem!

TRAILER MISSION: IMPOSSIBLE - GHOST PROTOCOL