Khamis, 14 Julai 2011

Tom Cruise jadi rockers


Macam tak percaya pulak hero idaman gadis dan wanita seantero dunia ini mengubah imejnya daripada seorang jejaka handsome, berpakaian kemas dan berambut pendek kepada seorang yang berambut panjang dan berpakaian ranggi.

Sebenarnya itu adalah imej terbaru Tom Cruise untuk filem terbarunya Rock of Ages yang diadaptasi daripada persembahan Broadway dengan judul yang sama karya Chris D'Arienzo. Di dalam filem ini Tom Cruise memegang watak seorang penyanyi rock bernama Stacee Jaxx.

Sinopsis penuh untuk filem ini tidak diperolehi bagaimanapun mengikut jalan cerita asal Rock of Ages ia mengisahkan tentang percintaan seoarng penyanyi rock bernama Drew Boley di saat-saat kebangkitan muzik rock pada tahun 1987.

Pelakon lain yang turut membintangi filem ini ialah Diego Boneta, Julianne Hough, Russell Brand, Catherine Zeta-Jones, Alec Baldwin, penyanyi hip-hop Mary J. Blige dan Paul Giamatti. Filem ini diarahkan oleh Adam Shankman.

Setakat ini belum diketahui tentang lagu-lagu yang akan digunakan untuk runut bunyi filem ini, cuma dua buah lagu yang dikenal pasti digunakan untuk filem ini iaitu Wanted Dead or Alive dari Bon Jovi dan I Wanna Know What Love Is dari Foreigner.

Tiada ulasan: