Isnin, 18 Julai 2011

Creature meneruskan tradisi filem rasaksa


Kalau anda perasan, sekarang agak jarang kita menyaksikan filem-filem rasaksa di pawagam.

Paling baru adalah filem Super 8 garapan J.J. Abrams.

Namun begitu, perasaan atau 'feel' ketika menonton Super 8 tidak sama seperti menonton filem Creature from Black Lagoon, Swamp Thing, Godzilla dan filem-filem rasaksa B-movie yang lain.

Mungkin filem Creature boleh mengembalikan 'feel' itu.

Filem Creature ialah sebuah filem rasaksa baru yang mengambil pendekatan filem-filem B dan rasaksa zaman Universal tahun 50'an dan 60'an, meskipun filem Creature ini adalah produksi indie iaitu The Bubble Factory.

Apabila filem tersebut merupakan sebuah produksi indie maka kita fahamlah, lazimnya pelakon yang membintangi filem tersebut tidaklah dikenali ramai. Begitu jugalah dengan filem Creature yang dibintangi oleh bintang-bintang baru kecuali Sid Haig yang lebih dikenali sebagai Captain Spaulding dalam filem House of 1000 Corpses dan The Devil's Rejects.

Creature mengisahkan tentang perjalanan enam sekawan di sekitar New Orleans. Apabila mereka berhenti di sebuah kedai, mereka telah diceritakan dengan lagenda rasaksa bernama Lockjaw oleh tuan punya kedai.

Menurut lagenda tersebut, seorang lelaki tempatan bernama Grimley telah kehilangan isterinya kepada seekor aligator menyebabkan Grimley membalas dendam. Grimley berjaya membunuh aligator tersebut dan memakan dagingnya. Akhirnya Grimley sendiri bertukar menjadi separuh manusia separuh aligator dan penduduk tempatan menggelarnya Lockjaw.

Setelah mendengar akan cerita tersebut, enam pelancong tadi pergi ke kawasan paya untuk membongkar mengenai kesahihan kisah Lockjaw namun adakah mereka akan berjaya menceritakannya kepada umum?

Selain Sid Haig, filem ini turut dibintangi oleh Mehcad Brooks, Serinda Swan, Dillon Casey, Lauren Schneider dan Daniel Bernhardt. Filem ini diarahkan oleh Fred M. Andrews.

TRAILER FILEM CREATURE

1 ulasan:

Dr. Ben berkata...

lagi satu... filem MUMMY yang betul2 MUMMY suspen, bila nak remake? Bukan versi Brendan Fraser tu.