Isnin, 25 Julai 2011

Perang dan seram dalam The Devil's Rock


Aku sememangnya meminati filem-filem yang tidak mengkhususkan genrenya, maksud aku kita tidak dapat mengkategorikan apakah sebenarnya genre filem tersebut sama ada seram, aksi, komedi dan sebagainya. Filem-filem seperti From Dusk Till Dawn, Battle Royale, The Bunker, Shutter Island dan sebagainya.

Terbaru sebuah filem bercorak peperangan yang disulami dengan unsur-unsur supernatural berjudul The Devil's Rock. Ia mengisahkan tentang suatu misi yang dijalankan di Kepulauan Channel berhampiran Great Britain untuk mengusir keluar dan menghapuskan tentera Nazi daripada kepualauan tersebut.

Unit komando yang mendarat di pulau Forau berjaya menghapuskan unit senjata yang berada di sebuah kubu di pulau tersebut. Jeritan seorang wanita dari dalam kubu tersebut telah menarik perhatian mereka menyebabkan mereka masuk ke dalam kubu tersebut untuk mencari dan menyiasat tentang jeritan itu.

Mereka berjaya menemui wanita tersebut yang dirantai dan dikelilingi oleh mayat-mayat yang kelihatan seperti dipotong-potong. Mereka kemudian mendapati bahawa tentera Nazi telah menemui kaedah baru untuk memenangi peperangan iaitu dengan menggunakan ilmu hitam.

Filem ini dibintangi oleh Craig Hall, Matthew Sunderland, Gina Varela, Karlos Drinkwater, Luke Hawker, Jonathan King, Hadyn Green, Jessica Grace Smith dan Geraldine Brody yang melantun suara sebagai syaitan. Filem ini diarahkan oleh Paul Campion yang pernah membikin kesan visual untuk watak seperti Balrog, Fellbeast dan Shelob di dalam trilogi Lord of the Rings.

TRAILER THE DEVIL'S ROCK

Tiada ulasan: