Isnin, 11 Julai 2011

Penggambaran filem Rock Ooo di Super Kinta, Ipoh, Perak




Bangga sungguh aku apabila mercu tanda terkenal bandaraya Ipoh iaitu Super Kinta dan Kompleks Yik Foong menjadi lokasi penggambaran filem. Aku rasakan pemilihan Super Kinta dan Kompleks Yik Foong sebagai lokasi adalah tepat sekali kerana mengikut sejarah (yang tidak ditulis di dalam mana-mana buku teks Sejarah) kedua-dua tempat itulah menjadi pusat atau sebagai 'base' bagi rockers-rockers era 80'an berkumpul. Tak percaya tanyalah kepada Mus MAY, kumpulan SYJ, Ustaz Akhil Hayy ataupun mana-mana kumpulan rock era 80'an yang berasal daripada Perak. Malangnya kini pasaraya Super Kinta telah pun ditutup manakala Kompleks Yik Foong masih dibuka tetapi telah menjadi pusat penjualan komputer ala-ala Low Yat Plaza. Terima kasih keapada Abang Mamat Khalid yang menghidupkan kembali nostalgia Rock di bandaraya Ipoh sekaligus memperkenalkan bandaraya Ipoh ke seluruh Malaysia.

3 ulasan:

Silverian berkata...

Memang tempat nielah mat mat rock 80 an dok melepak.....cuma ada satu tempat lagi yang hanya tinggal sejarah....BAZAR BULAT. Tapak asal studio SYJ. Sekarang Studio SYJ bertapak di super kinta

Dr. Bentara berkata...

nyaris nak jadi pelakon tambahan. Kebetulan takde kat malaysia je heheh...

Tanpa Nama berkata...

ade khabar angin yg pasar besar nak di runtuhkan untuk bina hotel hilton.. amacam,korang bantah ke stuju??syggg laa bangunan pasar besar & super kinta nnti tinggal sejarahh... dah la bazar bulat kena roboh.. ni pasar besar pun nak di robohkan..